5 Kesalahan Penggunaan Sheet Mask Yang Sering Kali Diamalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sheet mask adalah sangat popular pada ketika ini, bahkan ada yang sanggup berbelanja lebih hanya gara-gara mahu menggunakan sheet mask setiap hari. Sheet mask ini berasal dari Korea dan mula tersebar di seluruh dunia. Sheet mask ini menjadi kegemaran setiap wanita kerana mudah membantu kelembapan kulit wajah mereka.

Penggunaan sheet mask ini sememangnya tersangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun mempunyai pelbagai pilihan, rakyat Malaysia tidak pernah teragak-agak untuk mencubanya. Namun di sebalik keberkesanan dan kelebihan yang dapat dihasilkan oleh sheet mask ini, masih sahaja ramai yang tidak tahu menggunakannya dengan betul.



1. Terlalu lama menggunakan sheet mask.

Mungkin kita berpendapat bahawa menggunakan sheet mask dengan jangka masa yang lebih lama adalah lebih bagus untuk kulit wajah, sebenarnya anda SILAP. Ada di antara kita yang membawa sheet mask ini ke dalam tidur. Penggunaan sheet mask yang disarankan adalah 15 hingga 20 minit sahaja. Ini kerana, jika lebih dari itu, ia akan menyedut kembali kelembapan pada wajah anda.



2. Bilas muka selepas menggunakan sheet mask.

Selepas anda menggunakan sheet mask ini, anda tidak perlu membilas wajah anda. Ini kerana, sheet mask mengandungi serum atau essence yang bagus untuk kulit wajah anda. Kandungan yang penting akan hilang jika muka dicuci dengan air. Hanya sapukan muka anda perlahan-lahan selepas menggunakannya, malah anda tidak perlu membilasnya, apalagi cuci dengan sabun muka.

3. Tidak membersihkan muka terlebih dahulu.

Penggunaan sheet mask ini mungkin hanya sebagai tambahan sahaja dalam penggunaan skincare harian anda. Namun begitu, jangan menggunakannya dalam keadaan muka anda yang kotor. Ini kerana, segala debu, peluh dan sebagainya masih ada pada wajah anda. Jadi jika anda bersihkan wajah terlebih dahulu ia akan memaksimumkan penyerapan kandungan sheet mask.

4. Menggunakan moisturizer terlebih dahulu.

Menggunakan pelembap sebelum menggunakan sheet mask tidak digalakkan. Kerana fungsi sheet mask adalah untuk memberikan penghidratan atau kelembapan pada kulit. Apa yang disyorkan ialah menggunakan toner sebelum menggunakan sheet mask supaya pH kulit seimbang. Satu lagi, menggunakan serum dengan kepekatan yang sesuai juga disyorkan kerana ia akan membantu menyerap nutrien dari sheet mask.



5. Tinggalkan penjagaan kulit yang lain.

Sheet mask sememangnya menjanjikan hasil yang bagus jika digunakan dengan kerap. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu tinggalkan pelbagai jenis penjagaan kulit yang lain. Kulit kita masih memerlukan pelembap dari krim siang dan malam. Kulit juga perlu dibersihkan dengan pembersih muka dan penggunaan toner.

Mereka yang salah dalam penggunaan sheet mask ini mungkin kadang kala terlepas pandang ataupun mereka ini kurang pengetahuan dalam bab ini. Jadi selepas ini bolehlah anda menggunakannya dengan betul dan miliki kulit yang lembap serta anjal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen