Selain Kopi, Ini 8 Bahan Lain Yang Mengandungi Sumber Kafein.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesetengah orang mungkin mempunyai alahan terhadap kopi di mana apabila terhidu atau meminumnya akan berdepan dengan sakit kepala ataupun berasa pening. Bukan itu sahaja, mungkin juga kita penggemar kopi tetapi mahu mengurangkan pengambilan kafein dalam rutin harian ini.

Tahukah anda, variasi dalam genetik menyebabkan 70% daripada populasi dunia terkesan dengan rangsangan kafein manakala selebihnya tidak. Kajian mendapati ini adalah disebabkan perbezaan pada gen ADORA2A yang dikaitkan dengan gangguan tidur kesan peningkatan pengambilan sumber kafein. Jika anda berada dalam golongan 70% tersebut, anda pasti tahu bagaimana rasanya kafein membantu anda kekal segar untuk memulakan kerja di pagi hari.

Pengambilan kopi atau teh merupakan sumber kafein yang paling popular di dunia, namun kafein sebenarnya bukanlah terhad kepada sebatian semulajadi ini sahaja. Terdapat beberapa makanan, minuman, dan juga ubat-ubatan yang mengandungi sejumlah besar kafein. Jika anda mengambilnya sebelum waktu tidur, ini mungkin akan mengganggu tidur anda. Bahkan “kopi tanpa kafein” sendiri mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga 12 miligram kafein, yang cukup untuk merangsang anda daripada melelapkan mata.



Oleh itu, kenali sumber kafein yang lain seperti makanan atau minuman berikut:

1. Coklat



Kafein secara semula jadi ditemui dalam biji koko, jadi kebanyakan coklat mempunyai kafein. Jumlah kafein dalam coklat berbeza-beza, bergantung kepada bahan-bahan bar coklat, tetapi secara amnya, lebih gelap coklat tersebut, lebih banyak kafeinnya. Satu bar coklat Hershey’s Special Dark, sebagai contoh, mempunyai kira-kira 31 miligram (jumlah yang hampir sama dengan satu tin minuman cola).

2. Aiskrim dan Yogurt beku



Jika anda menggemari aiskrim atau yogurt beku perisa coklat atau kopi, kandungan kafein dalam hidangan tersebut mungkin mencecah sehingga 30 ke 45 miligram.

3. Minuman Tenaga



Kebanyakan jenama minuman tenaga mengandungi 2 ramuan utama: gula dan kafein. Biasanya, satu tin minuman tenaga boleh mengandungi lebih daripada 80 miligram kafein

4. Bijirin Sarapan



Bijirin sarapan yang berperisa coklat mungkin mengandungi sehingga 11 miligram kafein. Semak label makanan anda untuk mengenal pasti kandungan kafein tersembunyi.

5. Puding

puding adalah makanan kegemaran, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia juga mungkin mengandungi kafein sehingga 10 miligram kafein, terutama jenis rasa coklat. Oleh itu, mengambil puding sebelum tidur mungkin bukanlah hidangan yang paling sesuai.

6. Minuman Koko panas



Dalam renyai hujan di waktu malam, menikmati minuman koko panas mungkin sangat menenangkan tetapi ia juga boleh membuat anda tidak dapat melelapkan diri. Campuran koko panas mungkin mengandungi sehingga 9 miligram kafein. Daripada menikmatinya di waktu malam, anda boleh menggantikan rutin pagi anda dengan hidangan ini yang kurang kandungan kafein, iaitu 1/10 sahaja daripada secawan kopi.

7. Ubat-ubatan PMS

Walaupun ubat-ubatan ini membantu melegakan sakit senggugut dan masalah haid yang lain, banyak jenama ubat PMS popular menggabungkan kafein ke dalam produk mereka. Panadol Menstrual, contohnya mengandungi sehingga 65 miligram kafein. Ini kerana kafein adalah diuretik (membuatkan anda kencing), jadi ia mengurangkan masalah kembung. Tetapi jika anda mengalami kesakitan pada waktu malam, ubat-ubatan ini mungkin mengganggu tidur anda.



8. Ubat Tahan Sakit

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa kafein adalah bahan tambahan yang biasa dalam kebanyakan ubat sakit kepala. Kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kesan kelegaan daripada aspirin dan acetaminophen. Tetapi kerana kafein bersifat sebagai perangsang, anda mungkin mahu memikirkan semula sebelum mengambilnya pada waktu tidur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen