“Mudah Sahaja Untuk Detoks, Amalkan Ulaman Pahit..” Ikuti Perkongsian Ini.

Pada masa kini, pasti banyak kaedah untuk menyahtoksin dalam tubuh badan. Termasuklah dengan minuman lemond sebagai detox siang dan malam. Detoks dapat memberi kebaikan dalam tubuh badan kita, untuk membaik pulih penghadaman dan mudah lawas. Namun, menurut Dr Zubaidi, makan sayur-sayuran atau ulaman yang pahit mampu menjadi detoks juga…

********

Kita terlalu banyak makan makanan yang berproses dan banyak mengandungi transfat, sehingga menyebabkan tubuh kita menjadi letih dan mengumpulkan banyak toksin dalam hati dan ginjal.

Selalunya kita tidak merasa kesan negatif pemakanan sebegini sehingga kita berusia 40an.

Organ utama dalam tubuh yang membersihkan toksin dalam tubuh, adalah organ hati. Toksin ini diproses sebelum dikeluarkan semula dalam darah, akan mencederakan sel-sel dalam ginjal ketika "penapisan" dilakukan, sebelum toksin-toksin ini dikeluarkan melalui air kencing.

Oleh itu semakin banyak makanan yang tidak berkhasiat kita makan, makan bertambah banyaklah toksin yang terpaksa dibersihkan dalam organ hati, akhirnya organ hati akan menjadi "penat" dan tidak berfungsi dengan baik. Dan terlalu banyak toksin menyebabkan sel-sel ginjal yang akan cedera.

Salah satu cara merawat sel-sel hati dan ginjal adalah dengan cara mengambil banyak sayur-sayuran dalam bentuk ulaman dalam makanan.

Antara ulaman yang saya cadangkan adalah ulaman yg berasa pahit.

  • Rasa pahit pada sayur-sayuran selalu dikaitkan dengan sebatian alkaloid yang melindungi sayur-sayuran ini dimakan haiwan.
  • Namun begitu, sedikit rasa pahit dalam sayur-sayuran ini sangat penting dalam proses perawatan dan ditoksifikasi. Ulam-ulaman ini harus diambil dengan minum air secukupnya.
  • Contoh ulaman yg baik dimakan adalah ulam raja, petola, peria, daun selom, pucuk ubi dan banyak lagi..
  • Ambil secara bersederhana, bersili ganti dan dengan air yg mencukupi.

Jom amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE sebagai salah satu cara untuk bertambah sihat dan bertenaga.

********

Semoga bermanfaat dan elakkan mengambil pil terlarang untuk kuruskan badan. Kurus kalau tak sihat pun tak guna juga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen