Jangan Tunggu Sempurna Baru Terfikir Nak Berkahwin Kerana....

Bagi mereka yang masih bujang, dan masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang pasti mahukan keadaan yang sempurna dan kewangan yang stabil untuk melangkah kea lam perkahwinan.

“Duit tak cukup, malu nak minang anak dara orang…”

“Rumah pun sewa, malu nak bagi bakal jodoh tengok, apatah lagi tinggal bersama..”

Dengan fikiran sebegini, pasti ramai anak muda berkejar-kejar dan berusaha untuk tingkatkan kestabilan dalam kehidupan. Namun, sampai bila? Sedangkan ekonomi negara pun tidak stabil, ini kan pula hati dan perasaan manusia yang mudah sahaja berbolak balik untuk merancang kewangan.

Sekejap mahu beli itu, beli ini, sampai simpanan pun tiada.

Bernikah atau perkahwinan ini adalah perkara yang dituntut syariah. Perkara yang baik elok untuk dipercepatkan sekiranya sudah mempunyai calon.

Namun, sekiranya masih lagi belum mempunyai calon dan berkira-kira untuk stabilkan kehidupan terlebih dahulu, kumpul dulu harta untuk masa hadapan, seperti pelaburan, simpanan kecemasan dan sebagainya.

Bukannya harta yang sementara sahaja....

Bukannya harta untuk menunjuk dan riak sahaja....

JIKA MASIH BELUM SEMPURNA DAN STABIL, MACAM MANA NAK KAHWIN?

Tidak ramai dikalangan kita, apabila berkahwin sempurna kehidupannya. Ada rumah, ada banyak perabot, ada kereta dan sebagainya. Lihat sahaja ibu bapa sendiri, ambil pengalaman daripada hidup mereka. Bagaimana untuk berhadapan apabila dengan gaji yang sedikit, anak pertama pakai lampin sahaja bukan pampers, tiada gajet dan sebagainya.

Kemungkinan adik bongsu yang merasa sedikit senang, kerana abang atau kakak sulungnya sudah pula bekerja. Tidak hanya bergantung pada kedua ibu bapa untuk mendapat duit belanja.

Sebab itu menurut Islam, kita ini nak berkahwin sebab apa?

Kalau kerana harta, maka kebahagiaan itu sementara kerana harta pasti ada pasang surutnya....

Kalau kerana kecantikan, kebahagiaan juga sementara kerana wajah berkedut apabila tua...

Kalau kerana nafsu, kebahagiaan yang sementara sekiranya antara pasangan ada penyakit dalaman....

Terlalu takut untuk berkahwin, kerana hidup belum sempurna walhal rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Lakukan semua perkara kerana Allah SWT, dengan izin-Nya akan dipermudahkan segalanya.

TAKUT PASANGAN TIDAK SELESA KALAU HARTA DAN DUIT TAK CUKUP?

Oleh sebab itu, golongan muda perlu ada kesedaran untuk belajar hal kewangan. Tahu konsep ‘Simpan Dahulu, Belanja Kemudian’. Tahan nafsu untuk kepuasan sendiri supaya dapat melabur atau simpan pada tempat yang selamat.

Sebagai contoh:

“Tahan nafsu 3 tahun, ambil ASB i sebanyak RM100k. Bayaran bulanan RM531 dengan kadar dividen RM7% boleh dapat setahun RM7,000 . Tahun ketiga dengan nilai surrender value boleh dapat 25,160 sahaja” –Azizul Azli-

KATIL PUN TAK ADA, MALUNYA!

Apabila berkahwin, perlahan-lahan membeli perabot dan jangan terburu-buru. Tidak kisah sekiranya tiada katil, tidur atas tilam pun romantik.

Jika berpendapatan kecil:

1. Beli dahulu peti sejuk, mudah untuk masak setiap hari. Jimat.

2. Beli mesin basuh pula. Jika bulan pertama tiada masin basuh, basuh manual pun tak apa, tenaga masih kuat dan sihat, ia juga adalah salah satu senaman untuk sihatkan badan. Hantar ke dobi untuk keringkan sahaja memadai.

3. Meja makan? Makan atas tikar pun okay. Tak berdosa pun.

4. Sofa? Duduk lah atas riba suami, suami pun tidur atas peha isteri. Romantik, kan?

5. Televisyen? Masih ada lagi yang menonton tv bersama pasangan? Semuanya hanya melalui telefon bimbit sahaja.

6. Air cond? Perabot yang paling kurang pentingnya, suami isteri saling kipas antara satu sama lain, romantik juga.

7. Yang penting, jangan sesekali terfikir untuk membuat hutang dan menambah hutang untuk perkara yang tidak penting. Beli perabot sedikit demi sedikit. Mungkin mengambil masa yang lama, tetapi tak rugi pun. Suami isteri tak pening kepala banyak hutang. Pergaduhan pun jarang berlaku.

Jadi, jangan tunggu sempurna harta benda baru nak kahwin kerana perkahwinan itu sendiri akan sempurnakan kehidupan suami isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen