8 Ragaman Isteri Hamil, Yang Suami Perlu Hadapi. Sudah Bersedia Ke?

Tidak semua golongan isteri yang sedang hamil, mempunyai ragaman pelik sehingga memeningkan kepala suaminya sendiri. Namun, ada segelintir isteri yang sedang hamil mempunyai pelbagai ragaman sehingga orang luar melihat pun menjengkelkan.



Para suami perlu bersiap sedia dengan kerenah isteri ketika hamil, kerana kadang-kala ia diluar jangkaan anda. Mungkin anda akan berasakan, kenapa sebelum ni perangai lain, sekarang perangai lain.

Maklumlah, pembawakan budak. Kadang-kala sukar untuk para isteri mengawal emosinya sendiri ketika hamil seperti…

1. Mengidam makanan pelik.

Kadang-kala ada sebahagian isteri yang sedang hamil mengidam makanan yang tidak pernah dijamahnya, atau tidak suka langsung dengan makanan tersebut. Sebagai contoh, sebelum ini tidak suka makan durian, kemungkinan sedang hamil mengidam makan durian pula.

Kalau makan durian, senanglah si suami cari, tiba-tiba ketika menonton drama korea mengidam pula makan abalone. “Abalone tu apa sayang?”

2. Tidak boleh dekat dengan suami.

Sebelum hamil clingy betul dengan suami, ibarat belangkas. Secara tiba-tiba ketika hamil, tak boleh langsung berdekatan dengan suami. Ini kerana bau badan suami membuatkan si isteri berasa mual, malah apa jua yang dilakukan oleh suaminya mudah terkilan hati. Semua suami buat ada sahaja yang tidak kena.

Jangan ikutkan emosi, jaga hati si suami juga.

3. Tidak boleh bau dengan masakan.

Ada juga sebahagian isteri yang hamil tidak boleh bau dengan masakan, sehingga suami perlu belajar untuk masak sendiri. Daripada jauh pun dah boleh bau masakan di dapur, memang sensitif hidung mereka pada saat ini. Mereka alah kepada bau masakan, sehingga berasa mual.

4. Tidak boleh minum air kosong.

Ketika hamil juga, para isteri akan merasakan mual minum air kosong dengan banyak. Oleh sebab itu, isteri yang hamil kadang-kala mengidam air yang manis sahaja kerana air kosong bagi mereka mampu membuat mereka rasa nak muntah.

5. Cerewet tentang makanan.

Bukan sahaja mengidam makanan yang pelik, malahan cerewet juga tentang makanan. Sebagai contoh nak sayur taugeh yang rangup, nasi perlu masak sedang elok, taknak lembik, taknak berderai juga, kemudian sayur pun tak nak lembik sangat dan sebagainya.

6. Mula menjadi malas.

Tabiat ini sebenarnya sering terjadi pada mereka yang sedang mengalami ketika di awal kitaran haid, kerana perubahan hormon. Hal ini juga terjadi pada golongan isteri yang hamil kerana keadaannya yang cepat letih. Mudah menjadi panas, dehidrasi, hilang fokus yang menyebabkan mereka mula menjadi malas. Namun, tidak semua golongan isteri yang hamil jadi begini.

7. Sering ubah tempat tidur.

Hal ini kadang-kala berlaku sehingga merimaskan suaminya sendiri. Dah elok tidur lena, dikejutkan pula untuk ubah tempat tidur. Kadang-kala rebut bantal pun ada juga.

8. Tidak suka bersolek.

Ada juga sebilangan isteri yang hamil hanya memakai ala kadar sahaja apabila keluar bersama dengan suami. Tidak bersolek, dan rasa malas untuk berhias. Oleh sebab itu mereka lebih rela tinggal di dalam rumah sahaja.

Pelbagai Ragaman Isteri Ketika Hamil, Sudahkah Suami Bersedia? Dan Bagi Golongan Bujang, Sudah Bersedia Nak Kahwin?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen