Bapa Ini Kongsi 3 Perkara Yang Perlu Dielakkan Apabila Depan Anak, Buruk Padahnya Kalau Anak-Anak Lihat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa adalah contoh yang paling dekat dengan anak-anak. Mana tidaknya, setiap hari anak-anak akan melihat ibu bapanya dari saat mereka membuka mata hinggalah mereka menutup mata, melainkan jika anak-anak anda tidak tinggal bersama anda. Sebab itulah, setiap apa yang ibu bapa mereka lakukan pasti akan anak-anak tiru.

Jadi jika anda mahukan anak-anak itu menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan depan, maka anda perlu bijak untuk melakukan contoh yang baik buat mereka agar tidak menjadi sebab mereka ini mendapat contoh yang tidak baik.

Berdasarkan bapa ini Mohd Fhais, terdapat 3 perkara yang dielakkan buat depan anak kerana tidak mahu memberikan pengaruh yang buruk terhadap pemikiran mereka.



Pertama - Kutuk makanan

Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni.

Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan.

Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.

Kedua - Tengking isteri

Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya.

Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.

Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.

Ketiga - Marah anak orang

Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa.

Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi.

Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.

Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti.

Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga.

Dari ayah anak belajar cara bersyukur,
Dari ayah anak belajar cara menghormati orang,
Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.

Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.

Mohd Fhais
Ayah annur rania

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen