Masalah Badan Berbau? Mungkin Ini Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah badan berbau atau bau badan adalah satu masalah biasa yang boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira lelaki atau perempuan. Namun, ia mendatangkan ketidakselesaan kepada individu di sekeliling. Sampaikan kadang kala diri sendiri pun tak selesa bau badan sendiri.

Dah banyak petua yang digunakan tetapi tetap sahaja masalah ini akan datang kembali sehinggakan rasa kurang keyakinan jika ingin berkumpul bersama teman. Mana tidaknya takut-takut bau badan membuat mereka ini menjauh dari kita.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca yang menyumbang kepada masalah bau badan atau lebih dikenali sebagai B.O (body odor). Mari kita semak apakah punca yang boleh menyebabkan berlakunya masalah bau badan ini.



1. Berpeluh, tekanan

Terdapat dua jenis peluh; peluh termal – yang bertujuan untuk mengawal suhu badan. Kelenjar peluh eccrineakan menghasilkan peluh untuk memenuhi keperluan ini, jenis peluh kedua adalah peluh emosi – dikaitkan dengan tekanan berlebihan dan kegelisahan yang menjadi penyebab kepada bau badan. Berasal dari kelenjar apocrine – yang tertumpu kepada bahagian ketiak dan pangkal paha, dan bakteria kulit yang menghasilkan bau badan yang kurang menyenangkan berbanding peluh termal.



2. Aktiviti harian

Tidak kerap mandi, tidak memakai deadoran cenderung menyebabkan berlakunya masalah bau badan. Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya anda menjaga kebersihan badan dengan mandi dengan lebih kerap serta memakai deadoran.

3. Diet pemakanan

Apa yang anda makan, mempunyai pengaruh besar kepada bau badan yang mungkin akan wujud. Sesetengah makanan mungkin lebih sukar untuk dicerna dan mungkin menjadi makanan kepada bakteria penyebab bau badan. Dalam sesetengah kes, bau badan muncul dalam peluh apabila badan tidak dapat memecahkan sebatian tertentu dalam makanan. Antara makanan yang boleh menyebabkan bau badan adalah seperti bawang putih, bawang, gula dan makanan manis, minyak hidrogenasi – kerap ditemui dalam makanan ringan, pengambilan produk tenusu, telur, daging dan rempah secara berlebihan.



4. Keadaan perubatan

Masalah perubatan atau pengambilan ubatan tertentu juga boleh menjadi antara faktor yang menjadi punca kepada bau badan. Keadaan perubatan yang melibatkan penyakit hati, diabetes, kegagalan buah pinggang boleh mengakibatkan berlakunya nafas berbau atau peluh.

5. Alkohol

Selalunya alkohol akan dimetabolisme di dalam hati dan dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Tetapi pengambilan alkohol secara berlebihan daripada apa yang mampu diproses oleh hati, atau anda mungkin mengalami masalah berkaitan hati, ia akan dikeluarkan melalui nafas dan peluh – sekali gus menyebabkan bau badan yang kronik. Untuk mengelakkan bau badan seperti alkohol, anda patut menghadkan pengambilannya.

6. Pakaian

Memakai pakaian yang kotor berulang kali juga boleh menyebabkan bau badan. Malah, individu wanita yang kerap memakai pakaian dalam yang sama tanpa membasuhnya terlebih dahulu, juga cenderung menyebabkan bau badan. Ini kerana pakaian dalam tidak dibuat dari bahan yang menyerap kelembapan – punca utama bakteria dan kulat membiak. Sebaiknya pakai pakaian yang diperbuat dari bahan yang membenarkan pengaliran udara seperti kain kapas.



7. Genetik

Masalah berkaitan genetik juga memainkan peranan dalam punca penyebab bau badan. Individu dengan latar belakang etnik yang berbeza cenderung berpeluh dalam jumlah yang berbeza.

Sindrom mutasi genetik yang jarang berlaku – sindrom bau ikan – dikenali sebagai Trimethylamine, menyebabkan badan tidak mampu memecahkan sebatian berbau yang terdapat dalam ikan, sayuran cruciferous dan soya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen