"Dosa Berganda-Ganda, Bila Berbangga Melakukannya" - Ustaz Farid Rashidi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbangga akan dosa yang telah kita lakukan kerana mungkin rakan-rakan kita tidak berani hendak lakukan perkara yang sama seperti kita. Bukan itu sahaja, kita sengaja bercerita dan berbangga kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan yang kita sudah melakukan perkara tersebut tanpa sebarang kesan yang memudaratkan diri.

Bangga sungguh kita dengan dosa yang kita lakukan tanpa memikirkan sifat malu kita sesame manusia dan juga Allah.

Ramai yang tidak tahu bukan, apabila kita berbangga-bangga dengan dosa yang telah kita lakukan maka ia akan terlibat dengan dosa besar. Mari ikuti penerangan dari Ustaz Farid Rashidi ini.



Selalu sangat jumpa orang yang berbangga-bangga dengan maksiat yang dilakukan. Tak kiralah samaada di dunia realiti atau media sosial. Sama saja.

Sebenarnya ia juga termasuk dalam dosa-dosa besar. Hah? Biar betul?!

Ya betul.

Contoh jelas begini:

1. Perempuan yang buat dosa dedah aurat di tempat awam (pakai ketat, nipis, jarang, singkat, bertabarruj) kemudian berbangga-bangga dengan perbuatan itu.

2. Lelaki dan perempuan berkhalwat atau berzina secara live, rakaman video atau di tempat awam kemudian menghebahkan perbuatan terkutuk itu.

3. Mereka yang minum arak atau ketum, menyalahgunakan dadah lalu seronok mempertonton dan mengajak orang melakukan bersamanya.

4. Bunuh manusia kemudian dia berbangga ceritakan dekat orang ramai. Macam kes di NZ dan lain² kes.

5. Masuk kelab malam, pub, disko lepas itu berbangga bergambar, seronok bergaul bebas lalu sebarkan pula ke seantero dunia.

Ia dipanggil perbuatan mujaharah bil maksiat (melakukan maksiat secara terang-terangan).

Kata hukama’ :


إِذَا ابْتُلِيتُم بِالمَعَاصِي فَاسْتَتِرُوا
"Apabila kamu diuji dengan maksiat, maka hendaklah kamu menutupnya (tidak menceritakan kepada orang lain)."


Sudahlah melakukan dosa besar, kemudian ditambah lagi dosa besar berbangga dan menceritakan pula dosanya atau berbangga buat dosa di khalayak awam. Berganda-ganda dosa jadinya.

Astaghfirullah hal Azim...

Andai ada orang bercakap hal dosa mereka itu, ia tak dipanggil ghibah (berbicara pasal keburukannya atau mengumpat). Sebab dia sendiri yang mempopularkan diri dengan perbuatan itu.

Mereka ini juga terlepas dari perlindungan Allah, sitrullah dan mu’aafah (kemaafan) daripada Allah SWT.

Allahu Rabbi. Bila Allah SWT murka, habislah segala. Hidup jadi gelap zulmat. Hilang cahaya. Nauzubillahhi minzalik.

Semoga kita semua terjauh daripada perbuatan dosa-dosa itu. Amin, Amin... Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sharelah biar ketakutan ini menggetarkan hati manusia untuk terus melakukan dosa-dosa besar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen