“Minum Air Kosong Berlebihan Tidak Elok Sebenarnya..” 4 Tanda Anda Minum Air Kosong Berlebihan.

Sering kita dengar, pada cuaca yang panas ketika ini dinasihatkan untuk minum air kosong dengan banyak. Malah, ia juga untuk kesihatan dimana perlu minum mengikut berat badan yang bersesuaian. Bukannya minum air kosong dengan banyak, tanpa panduan yang betul.

Image result for minum air kosong

Anda diperlukan minum sekurang-kurangnya 4-6 gelas air sekiranya anda banyak makan makanan yang mengandungi jumlah air seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi mereka yang kerap berpeluh, dan sentiasa melakukan aktiviti di luar rumah pula perlu minum air yang secukupnya untuk kekal hidrasi.

Akan tetapi anda perlu mengetahui 4 tanda ini sekiranya minum air yang berlebihan…

1. Sering sakit kepala.

Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala, ada kemungkinan anda mengambil terlalu banyak air. Kerana natrium rendah dalam darah menyebabkan sel-sel membengkak. Keadaan itu boleh memyebabkan saiz otak membesar sehingga menyebabkan sensasi berdenyut yang menyakitkan.

2. Air kencing warna jernih.

Air kencing berwarna pekat boleh menjadi tanda dehidrasi. Tetapi itu tidak bermakna bahawa anda harus minum banyak air untuk menghasilkan air kencing jernih. Menurut portal kesihatan Healthline, warna air kencing seeloknya ialah kekuningan bak lemon yakni menunjukkan tahap penghidratan yang sihat. Di samping itu, air kencing yang tidak berwarna mungkin bermakna anda terlebih hidrasi dan perlu mengurangkan pengambilan air.

3. Sering merasa mual.

Walaupun terdapat beberapa keadaan boleh menyebabkan rasa mual atau muntah, tetapi terlalu banyak konsumsi air juga boleh membuatkan perut rasa senak. Rasa mual selepas anda mengambil sejumlah besar air mungkin menjadi tanda bahawa anda minum terlalu banyak air.

4. Kerap buang air.

Perkara biasa yang dialami bila anda minum terlalu banyak air ialah kekerapan membuang air kecil – sama ada siang atau malam, sehingga mengganggu tidur. Keadaan lain seperti jangkitan saluran kencing, kencing manis, masalah prostat, dan kelemahan lantai pelvis juga boleh menyebabkan kerap kencing, jadi berbincanglah dengan doktor jika anda mendapati diri keluar masuk bilik air lebih banyak daripada biasa.

Kesan minum air berlebihan pada tubuh badan anda…

  • Akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Dimana, buah pinggan anda akan kerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah.
  • Kemudian menyebabkan glomeruli (sel penapisan halus) boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran.
  • Dan akhirnya akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
  • Menurut kajian, ketika seseorang minum terlalu banyak air, kandungan garam dalam tubuh akan menurun secara sangat drastik.

“Perkara ini dinamakan sebagai hiponatremia iaitu keracunan air. Keracunan air lazimnya terjadi apabila seseorang minum lebih banyak daripada kemampuan ginjal mereka mengeluarkan semula cecair itu,”.

Jika hal tersebut tidak ditangani, ia akan menyebabkan sel otak membengkak dan seterusnya mengalami koma atau kejang badan. Bagi menangani masalah tersebut, seseorang disaran supaya mengambil air tidak lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

Jadi, anda disarankan untuk minum air kosong yang diperlukan sesuai dengan barat badan anda sahaja. Namun, jika terlalu banyak melakukan aktiviti out door, minum la lebih sedikit. Berpada-pada jangan berlebihan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen