Awas, Berjuta Kuman Ada Pada Span Pencuci Yang Mungkin Punca Cirit Birit, Ini Cara Membersihkan Selepas Menggunanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cuba lihat span pencuci di dapur anda itu, adakah anda baru sahaja menukarnya? Ataupun ia sudah lembik dan tidak kelihatan seperti span pencuci lagi? Mungkin ada yang menganggap span pencuci pinggan mangkuk ini hanya perlu ditukar apabila sudah hancur dan tidak boleh digunakan lagi.

Bukan hanya itu sahaja, ada juga yang hanya menggunakan satu span pencuci untuk kesemua barangan yang ada di dapur. Sehinggakan ada ibu bapa yang terlepas pandang dengan menggunakan span pencuci ini untuk mencuci botol susu anak-anak.

Ramai yang tidak tahu bahawa span pencuci ini mengandungi jutaan bakteria yang berbahaya kepada diri anda yang mungkin mengakibatkan cirit birit seperti yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia.



Mari baca perkongsian ini agar memberi manfaat kepada semua.

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?



Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

1. Rebus 5 minit atau,

2. Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,

3. Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Selepas ini jangan lupa untuk menukar span pencuci anda dengan lebih kerap. Jangan terlalu sayang walaupun masih elok lagi. Ingat disitu antara tempat tinggal bakteria.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen