“Isteri Boleh Je Nak Merajuk, Namun Jangan Melayan Emosi Sehingga Menyinggung Perasaan Suami”

Golongan wanita ini berhati lembut dan mudah tersentak apabila mendengar kata-kata kasar, terutamanya daripada mulut suami tercinta. Apabila sudah dimarah atau ditengking, hati isteri mana sahaja yang tidak menjadi sayu dan mahu membawa diri.

Majoriti golongan wanita, apabila dimarah atau ditengking sahaja tidak mudah hatinya menjadi lembut. Pagi kena marah, tidak semestinya petang nanti hatinya pulih. Seharian pun belum tentu hatinya sembuh setelah diperlakukan sebegitu. Itu yang suami perlu tahu.

Isteri perlu tahu, jika terlalu melayan emosi sampai ke sudah pergaduhan suami isteri berlanjutan.

Mahu merajuk.

Diam seribu bahasa.

Diri menjadi kaku.

Merajuklah wahai isteri, tidak salah pun mahu merajuk.

NAMUN, Jangan pula merajuk sehingga menyinggung perasaan suami.

Jangan biarkan suami keseorangan.

Jangan biarkan perasaan suami berubah sekelip mata.

Jangan terlalu lama bermasam muka dengan suami.

Apabila merajuk dengan suami sahaja…

Jangan pendam, tetapi luahkan!

Luahkan dalam pelbagai kaedah iaitu…

1. Lisan.

Jika anda merasakan dengan berleter atau membebel keseorangan, lakukan sahaja. Cakap berseorangan pun tidak mengapa kerana ia secara tidak langsung akan membuat hati anda menjadi lega. Kadang-kala hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan pada pihak ketiga seperti ibu bapa, adik-beradik mahupun sahabat baik.

Oleh sebab itu, bercakap berseorangan sudah memadai. Si suami tu seperti biasalah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja.

2. Penulisan.

Tidak mampu berkata-kata? Tulislah luahan hati anda pada diari. Conteng pada kertas luahan hati anda, nak tulis besar-besar sehingga suami nampak pun tidak mengapa. Daripada anda meluahkan perasaan di sosial media dimana tidak ramai yang mengerti, nanti akan jatuh fitnah pula. Ramai akan beranggapan rumah tangga anda goyah dan mula menjadi batu api. Hati-hati!

3. Terapi.

Cari sesuatu yang mampu menjadi terapi pada diri anda sendiri, atau pun dipanggil Me-Time. Tidak perlu keluar berjauhan, dalam rumah pun mencukupi. Gunakan 4 formula ini…

Formula 1: Bertenang, hembus nafas, dan tarik nafas. Ambil wuduk.

Cepat-cepat cari ruang untuk bertenang, dan cuba hembus nafas nak tarik nafas secara perlahan-lahan. Elakkan diri daripada mudah dihasut syaitan dengan mengambil wuduk. Paling mudah, mandi sahaja.

Formula 2: Shopping.

Kemudian, apabila hati sudah berasa sedikit tenang, ambil masa untuk pergi ke kedai membeli barang. Shopping tidak semestinya anda perlu ke kompleks membeli belah, membeli barang di kedai runcit sudah memadai.

Formula 3: Manjakan diri.

Di dapur pasti banyak bahan masakan yang boleh dijadikan sebagai facial. Jadi sibukkan diri anda dengan fokus pada diri anda sahaja. Tepek mask pada muka dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak akan membuat anda terlupa kemarahan pada suami.

Formula 4: Mengemas rumah.

Terapi ini juga sebenarnya membantu untuk mengelakkan diri anda melayan emosi dengan teruk. Basuh pinggan, mop lantai, vakum satu rumah dan sebagainya.

4. Menjerit.

Menjerit di depan suami? BUKAN!

Tetapi pergi ke tempat yang berjauhan sedikit, dan jeritlah sepuas hati. Ataupun minta izin untuk memandu sebentar, dan jeritlah sekuat hati di dalam kereta.

5. Tumbuk cili.

Dan alternatif terakhir sekiranya anda masih merajuk dan marah pada suami, masuk ke dapur cari lesung batu. Tumbuklah apa sahaja untuk menjadi bahan masak. Dengan memasak juga boleh menjadi terapi untuk mengawal api kemarahan anda. Dalam pada masa yang sama, masakan untuk suami pun dah siap tidak lah terabai tanggung jawab. Makan minum suami masih dijaga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen