“Dunia Parenting Memberi Manfaat Besar Pada Ibu Bapa, Termasuklah Pelukan Pada Anak-Anak”

Dalam mengejar ilmu keibubapaan atau dipanggil parenting ini, para ibu bapa perlu mengetahui bahawa semua aspek memberi manfaat yang besar dalam hubungan kekeluargaan. Daripada ilmu tersebut, ibu bapa akan sedar tentang manfaat besar yang akan diperoleh sekiranya dapat dipraktikkan dengan baik.

Dan antaranya adalah pelukan pada anak-anak. Saudara Najmi Nawawi telah berkongsi bahawa pelukan itu mampu mengurangkan stress anak-anak dan kedua ibu bapa juga…

********

Sebenarnya kita memerlukan 4 pelukan sehari untuk 'survival', kita perlukan 8 pelukan sehari sebagai 'maintenance' dan kita memerlukan 12 pelukan sehari untuk 'growth'.

1. Pelukan kurangkan rasa bersalah terhadap anak.

Umpama sebuah 'antidote' untuk rasa bersalah. Dalam pelukan, hanya ada kita dan anak. Satu jalinan yang unik yang mampu mengubati, tanpa ganguan gajet dan lain-lain. Mungkin ada masanya kita rasa tidak adil dalam pembahagian masa berkualiti untuk anak-anak. Maka dengan pelukan itu, rasa bersalah terhadap anak-anak mampu diubati dan bertukar menjadi motivasi untuk terus membaiki diri.

2. Pelukan juga kurangkan stress.

Dalam kepenatan seharian mencari rezeki untuk keluarga, penat dan letih dengan cabaran dan masalah tempat kerja. Memeluk anak amat membantu untuk memberi kita kebahagiaan dan melupakan dunia masalah. Ianya umpama ubat untuk mengurangkan manifestasi fizikal stress. Tindakan ini juga boleh dipanggil sebagai 'hug-break', dan kajian membuktikan 20 saat sudah memandai untuk mengurangkan rasa stress.

3. Pelukan tambah keyakinan diri.

Jika mahu menambah keyakinan diri sendiri, percayalah ia boleh dilakukan dengan memberi pelukan pada anak kita. Semasa memeluk anak, hormon cinta atau lebih dikenali sebagai oxytocin akan meningkat. Kajian membuktikan bahawa oxytocin mampu meningkatkan daya keyakinan tinggi individu. Pelukan ialah lambang kecintaan dan kepercayaan. Ia juga membuatkan kita rasa lebih yakin dengan peranan kita sebagai ibu bapa! win-win!

4. Bantu kita untuk elak jatuh sakit

Umpama immune-booster harian yang sangat berkesan. Itulah pelukan, yang boleh menguatkan imunisasi diri dan dalam masa yang sama merendahkan tekanan darah dan 'heart rate'. Merehatkan otot-otot badan yang seharian penat bekerja. Apabila keperluan emosi kita dilengkapi dengan pelukan kepada anak, ia menyelamatkan kita dari menjadi 'emotional eater' yang boleh buat kita gemuk.

5. Pelukan memberi kebahagiaan.

Menghadapi hari yang sukar? Maka pergi kepada anak anda dan peluklah anak anda. Ia mungkin satu-satunya terapi yang boleh mengembalikan hari anda kepada lebih baik. Level oxytocin yang tinggi mampu membaiki mood dan memberi perasaan positif seperti kegembiraan. Hormon gembira ini mampu mengatasi rasa tidak tenang dan serabut seterusnya menukarnya kepada perasaan seronok. Pelukan menambah kemampuan diri untuk mengurus emosi dan perasaan.

p/s : Banyak kajian sudah membuktikan pelbagai kebaikan dalam pelukan. Lagi banyak kita memberi pelukan, lagi banyak manfaat kita perolehi. Pergi peluk anak anda sekarang!

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen