Orang Yang Sudah Berkahwin Tak Ada Sebab Nak Cemburu Dengan Orang Yang Bujang.

Apabila seseorang sudah melangkah ke alam rumah tangga, maka berlari dalam ketakutan si syaitan kerana anak adam telah melakukan sunnah yang dianjurkan iaitu akad nikah. Adanya suami yang menyayangi, adanya rumah sebagai pelindung, adanya ibu mertua yang menerima dirinya seadanya.

Kebahagiaan yang dimiliki oleh orang yang sudah berkahwin, ternyata berbeza dengan mereka yang masih bujang.

Bagaimana mereka yang masih bujang ini mencari kebahagiaannya tersendiri?

Melalui ibu bapa…

Melalui adik-beradik…

Melalui sahabat handai…

Melalui haiwan peliharaan…

Melalui kerjayanya sendiri…

Namun, ada sebab mengapa mereka cemburu melihat pada pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana, setiap insan tidak lari dari perasaan mahu berkahwin dengan orang yang dicintainya. Mahukan hubungan yang halal. Mahukan adanya seorang lelaki yang berani melamarnya.

Akan tetapi, jika benar perkahwinan itu memberi kebahagiaan kepada seseorang, kenapa masih cemburu pada mereka yang masih bujang?

Untung kau masih lagi boleh berpakaian cantik…

Untung kau masih boleh drive kesana kemari…

Untung kau masih boleh berkenalan dengan ramai orang yang berlainan jantina…

Untung kau masih boleh lagi balik ke kampung bila masa yang kau suka..

Tetapi aku?

Aku nak kena jaga suami lagi…

Nak kena jaga anak lagi…

Nak kena minta izin kat suami lagi….

Kenapa perlu mengeluarkan kata-kata seolah menyesal berkahwin dengan pasangan?

Bukankah perkahwinan itu sepatutnya memberi kebahagiaan dan barakah pada suami isteri?

Secara normalnya, memang sudah lumrah orang bujang mencemburui pada mereka yang sudah berkahwin. Bahkan berasa amat cemburu ketika melihat aktiviti orang yang sudah berkahwin di sosial media.

Sebab itu, penggunaan sosial media ini sepatutnya dihadkan. Jangan hanya mementingkan diri sendiri untuk memaparkan adegan romantik di sosial media.

Apabila orang yang masih bujang mula berkata-kata, dikatanya kurang kasih sayang.

Dan situasi seperti ni tiada penghujungnya kerana membuatkan netizen mula bergaduh antara satu sama lain. Umat Islam mula berpecah belah hanya kerana adegan romantik tersebut.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Sosial media?

Empunya diri yang muatnaik adegan romantiknya itu?

Mereka yang masih bujang?

Sama-sama kita manfaatkan kehidupan sendiri dengan mencari kebahagiaan masing-masing.

Masih belum bertemu jodoh? Carilah kebahagiaan dengan ahli keluarga dan sahabat handai.

Sudah berkahwin? Fokus untuk memiliki cahaya mata dan menguruskan rumah tangga.

Setiap Insan Berhak Mengecapi Kebahagiaan Tersendiri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen