“Susahnya Nak Move On!” Move On Menjadi Mudah Jika Anda Lakukan 5 Perkara Ini Dahulu.

Sebut sahaja tentang move on pasti ramai yang membayangkan pada insan yang heartbroken, putus cinta atau yang melalui fasa perpisahan. Namun, move on adalah bagi mereka yang mahu bangkit setelah jatuh atau di uji dengan pelbagai ujian, mahupun cabaran.

Cara untuk move on juga berbeza bagi setiap individu untuk menguruskan diri mereka sendiri, kerana setiap insan pasti memiliki kaedah yang sesuai dengan keadaan dirinya pada waktu itu. Ada yang mengambil masa yang terlalu lama, dan ada juga mengambil masa yang singkat sahaja.

Namun, 5 perkara ini adalah pasti untuk setiap individu lakukan apabila mahu move on…

1. Mencari hikmah tersembunyi.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tidak kira apa jua status yang kita pegang waktu ketika itu. Masih bujang? Sudah bergelar suami isteri? Bergelar ibu bapa? Bergelar janda ataupun duda. Termasuk juga bagi setiap situasi seperti jatuh dalam peniagaan atau kehilangan orang yang tersayang buat selamanya ataupun gagal dalam ujian.

Jadi, setiap apa jua situasi carilah hikmah yang tersembunyi. Malah, menerima hakikat bahawa hidup ini seperti roda. Tidak selamanya kita berada di atas, kadang-kala kita berada di bawah kerana Allah mahu kita menyedari sesuatu yang telah diberi oleh-Nya dalam keadaan tidak sedar.

2. Sentiasa bersyukur.

Jika mengalami situasi jatuh sebegini, cuba untuk berasa bersyukur kepada-Nya. Jangan menyalahkan takdir semata-mata.

“Kenapa orang lain bahagia, tapi aku tak pernah bahagia?”

“Kenapa semua orang dah kahwin, tapi aku belum kahwin?”

“Kenapa kawan-kawan sudah memiliki anak, tapi aku belum lagi?”

Jangan terlalu mempersoalkan takdir dan rezeki Allah. Jika yakin pada-Nya, Insya Allah akan diberikan yang terbaik dan tidak terjangka oleh kita.

3. Memohon kekuatan daripada Ilahi.

Apabila sudah menanamkan sifat syukur dalam diri, pohonlah kekuatan daripada Ilahi. Pohon kekuatan di dalam solat dan doa. Berdoa bersungguh-sungguh, dan menangislah ketika di atas sejadah. Sebagai insan yang lemah, melalui proses untuk bangkit memang tidak mudah. Namun, jika sentiasa berdoa untuk pohon kekuatan, Insya Allah kita akan menerima kekuatan tersebut.

4. Menjaga hubungan yang baik sesama manusia.

Apabila menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui solat dan berdoa, secara tidak langsung akan menjaga hubungan sesama manusia juga. Terutamanya dengan mereka yang kita rapat seperti ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara. Hentikan andaian buruk, berhasad dengki malah mencemburui kebahagiaan orang lain.

Sama-samalah kita menumpang kebahagiaan dan mendoakan kesejahteraan mereka.

5. Cuba untuk senyum.

Dan yang paling penting untuk move on adalah dengan senyum. Mungkin hati sudah tawar untuk senyum. Apatah lagi diri menjadi kaku tiada reaksi. Jika mahukan kebahagiaan, mulakan dengan diri sendiri iaitu senyum. Mana tahu dengan senyuman yang anda berikan sebenarnya mampu memberi kebahagiaan pada diri sendiri, dan juga semangat. Orang di sekeliling pun senang dengan kita.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen