“Pegang Telefon Bimbit 24 Jam Boleh, Baca Al-Qur’an Satu Helai Pun Liat..”

Pada masa kini, dengan perkembangan teknologi ayat-ayat Al-Qur’an juga boleh didapati pada mana-mana gajet. Kemudahan ini untuk memudahkan setiap individu boleh membaca Al-Qur’an dimana sahaja, kerana mudah dibawa kemana-mana.

Image result for al-qur'an and phone

Akan tetapi, berapa ramai sahaja dikalangan kita memang betul-betul menggunakan kemudahan ini?

Muatnaik aplikasi Al-Qur’an di telefon bimbit, akan tetapi sosial media yang lebih menarik perhatian. Membaca gossip, membaca berita yang entah betul atau tidak kesahihannya, meluahkan perasaan tanpa memikirkan perasaan orang lain, dan hanya mempamerkan kebahagiaan semata-mata untuk menunjuk sahaja.

Ada yang mengatakan bahawa Al-Qur’an ‘manual’ lebih elok daripada Al-Qur’an digital, kerana ia tidak menganggu kita untuk fokus ketika membaca kitab Allah ini. Jika Al-Qur’an di telefon bimbit, kita akan sering mendapat notification daripada mana-mana aplikasi sehingga hilang fokus, dan lama-kelamaan tidak pula terus membaca sampai habis.

Terdapat banyak kelemahan dan kebaikan apabila menggunakan Al-Qur’an digital ini, namun ia kadang-kala tidak menjanjikan seseorang individu tersebut 24 jam dapat menelek ayat-ayat Al-Qur’an seperti sosial media.

Lebih bagus sekiranya kita semua dapat mengambil manfaat membaca Al-Qur’an ini kerana…

1. Dapat pahala dan kebaikan.

Mereka yang tidak solat dan membaca Al-Qur’an tidak semestinya dapat melakukan kebaikan, namun mereka yang sentiasa melakukan solat dan membaca Al-Qur’an sudah tentu dapat pahala dan melakukan kebaikan pada insan lain.

2. Dapat menaikkan darjat seseorang.

Seperti hadith yang menyatakan:

“Orang orang yang hebat dalam membaca al-qur’an akan selalu ditemani para malaikat pencatat yang paling dimuliakan dan taat pada Allah SWT  dan orang orang yang terbata bata membaca Alquran lalu bersusah payah mempelajarinya maka dia akan mendapatkan dua kali pahala,” (HR. Bukhari)

3. Dapat memperoleh rahmat daripada-Nya, dan dilindungi oleh para malaikat.

Seperti hadith yang menyatakan :

”Ketika para kaum muslim berkumpul dimasjid-masjid Allah dan mereka membaca Al-qur’an dan mempelajarinya, maka akan datang kepada mereka ketentraman, rahmat allah dan dilindungi malaikat malaikat dan Allah menyebut mereka dihadapan makhluk yang ada didekatnya.”

4. Dapat syafaat ketika hari kiamat tiba.

Sebagaimana hadith ini yang telah menyatakan bahawa…

“Bacalah bait-bait Al-qur’an kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” (HR. Muslim)”

5. Dapat ketenangan hati.

Sebagaimana Allah SWT berfirman pada surah Ar-Ra’d ayat 28 bahawa:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

6. Dapat membuatkan seseorang itu berhati mulia.

Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda :

“Sebaik baiknya manusia adalah yang membaca dan mempelajari Al-qur’an serta mengajarkannya pada orang lain.” (HR.Bukhari)

7. Dapat selamat di dunia dan akhirat jua.

Baginda Rasullulah bersabda bahawa :

“Ibadah yang paling barakah dan istimewa adalah membaca dan mempelajari al-qur’an serta mengamalkannnya dalam kehidupan sehari hari bahkan pada tiap satu ayatnya yang telah dibaca mengandung 10 kebaikan dan ajaran kebenaran didalamnya.”

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen