Lelaki Ini Kongsi 7 Usaha Perbaiki Kewangan Yang Patut Anda Cuba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan ingat kemewahan itu akan datang bergolek tanpa usaha sedikit pun. Semuanya perlukan usaha dan tekad yang kuat jika mahukan kejayaan serta kemewahan. Sama juga seperti anda jika mahu mempunyai rumah dan kereta sendiri pasti anda perlu berusaha tekad untuk lakukan simpanan dan pelaburan.

Namun begitu, semuanya tidak akan berhasil sekiranya anda tidak menguruskan kewangan anda dengan betul. Mana tidaknya, setiap kali lakukan simpanan sahaja pasti akan bocor semula. Memang lah tidak pernah nak capailah target yang anda telah tetapkan itu.

Sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini dalam membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik dan cemerlang.



Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga pengorbanan. Kalau kau tengok orang yang dah berjaya, kau juga perlu tahu apa yang diorang dah buat untuk mencapai tahap tu.

Hasil kejayaan tidaklah datang bergolek ataupun turun daripada langit umpama titisan hujan. Dengan keringat, usaha dan pengorbanan akan hasilkan satu kejayaan yang hakiki. Peh bukan main sedap lagi saya serupa karangan SPM kan. Kakaka.



Antara usaha korang boleh buat untuk baiki ekonomi kewangan dengan;

1. Tanamkan Niat

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang kau boleh lakukan. Kalau bukan kau yang membaiki kewangan kau, siapa lagi? Takkan kau nak suruh jiran pulak tolong baiki kewangan kau.

2. Tuliskan Matlamat & Pelan Tindakan

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan kau untuk mencapai matlamat tersebut. Dapat bantuan seseorang yang boleh guide kau. Contohnya;

i. Nak ada RM17K dalam masa dua tahun.

ii. Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.

iii. Nak ada deposit rumah RM15K.

iv. Nak hapuskan hutang peribadi.

v. Nak beli rumah

3. Berusaha & Bertindak

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat kau tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Dalam berusaha, mesti banyak yang kau perlu korbankan. Biarkan. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan kau. Ada idea tapi tak bertindak, taguna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Tak gitu?



4. Monitor Perkembangan

Pantau perkembangan pelan tindakan kau. Contohnya matlamat kau nak ada deposit rumah RM15K dalam tiga tahun, Tahun pertama kau sepatutnya sudah ada RM5K. Kalau belum ada, menangislah dibawah shower sorang-sorang.

5. Baiki Mana Yang Kurang

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, kau jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa kau. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.

6. Berdoa & Bersedekah

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut nak bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup kau aman.

7. Cari & Tambah Ilmu

Ilmu tu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru tiap tahun. Dapat update ilmu. Kau tu orang bagi ilmu free pun malas nak baca. Apatah lagi nak melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak kau nak beli.

***
Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi kau lah kejam dengan dunia kau sendiri.

Masa muda kau nak enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat je. Dah masuk umur 30 tahun barulah nak kenal erti penyesalan.

Lepas tu mula lah nak salahkan kerajaan inflasi tinggi la, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.
Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain tidak akan buat ekonomi kewangan keluarga kau kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung kau tu. Dan masa depan kau akan berterima kasih dengan pengorbanan kau sekarang ni. Kah!

[ASY]


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen