“Suami Adalah Pengantara Rezeki Untuk Anak Isteri…” Ikuti Kisah Ini.

Untuk mendapat rezeki yang berkat ketika di alam rumah tangga, pasti ramai yang menyangka hanya dengan duit dan harta yang banyak sahaja mampu membahagiakan kehidupan suami isteri, mahupun anak-anak. Namun, rezeki dari segi duit dan harta adalah sementara sahaja dimana semakin banyak mencari duit, semakin rasa tidak cukup.

Sehingga ia mendorong bertuhankan duit semata-mata, tetapi tidak pula menjaga emosi isteri dan anak-anak seperti kisah dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Dulu saya naif. Akibat cetek ilmu, mata hanya nampak duit sahaja sebagai hantaran rezeki dari yang Maha Pemberi Rezeki. Sedih!

Dalam otak berfikir ada duit banyak isteri pasti bahagia. Bila sudah ada duit, nak beli apa pun boleh. Fikir duit adalah penyelesaian kepada segala masalah. Naif sungguh masa ni.

Hati jadi buta bila mata hanya nampak duit!

Niat asal mahu membahagiakan anak dan isteri jadi terbalik pula. Makin di benci adalah.

Hati terlalu di kaburi duit sehingga anggap luangkan masa dengan anak isteri itu membazir, kalau buat kerja baru untung.

Kalau dulu selalu ajak isteri keluar jalan-jalan tapi sekarang bila isteri sebut je "jom keluar" terus bentak. Dalam kepala fikir seolah-olah isteri ni tak faham yang kita bekerja keras untuk membahagiakan dia. Tahu nak berjalan je!

Kalau dulu selalu bantu kemas rumah, paling tidak pun rajin basuh baju bila ada kelapangan. Tapi sekarang hampeh, dah la tak menolong, di marah pula isteri tu bila nampak rumah bersepah.

Kalau dulu di rumah sentiasa ada masa dengan anak. Kami main games, gurau senda dan bawa dia ke tapak permainan. Tapi sekarang, anak di label sebagai pengacau. Rasa anak ni menganggu sahaja kita nak buat kerja.

Natijahnya, walaupun dah buat macam-macam, cuba macam-macam, pergi kelas macam-macam tapi bisnes masih di takuk lama.

Rupa-rupanya laluan rezeki tu tersangkut kerana penerima rezeki tak gembira.

Penerima rezeki sebenar itu ialah anak dan isteri kita. Suami hanyalah pengantara. Dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk.

Bukan duit samata mata!

Sihat tubuh badan, hati gembira, masa di luang dengan sangat berkualiti, fikiran tenang, hidup tak kelam kabut dan keluarga mertua yang baik. Ini semua rezeki!

Semua ni tak perlukan duit pun.

Bila anak isteri gembira, duit yang sedikit pun kita akan mudah rasa cukup.

Tapi sebaliknya jika anak isteri bersedih, duit banyak pun kita akan rasa tak cukup.

Sebenarnya, tak perlu pun duit banyak untuk bahagiakan anak isteri. Jauhkan telefon, jauhkan komputer dan tutup semua kerja semasa di rumah, itu pun dah cukup membahagiakan.

Buat kerja biar berpada-pada, buat baik pada anak isteri mesti selalu.

Mohd Fhais
Suka berkongsi kisah hidup bermanfaat.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen