6 Sikap Bapa Yang Mudah Ditiru Oleh Anak-Anak. Hati-Hati!

Apabila sepasang suami isteri sudah memiliki cahaya mata, cabaran yang perlu dihadapi adalah dalam mendidik anak-anak. Walaupun teknologi memudahkan para ibu bapa untuk mencari ilmu parenting, namun sekiranya tersalah langkah, setiap perilaku akan menjadi contoh pada anak-anak. Terutamanya pengaruh bapa pada anak-anak.

Ini kerana bapa dilihat sebagai ketua dan lebih kuat berbanding ibunya, sedikit sebanyak ia akan ditiru oleh anak-anak kecil seperti..

1. Cara layanan kepada ibunya.

Ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak sejak dalam perut lagi. Jadi naluri mereka mengatakan ibu perlu dilindungi, jika tiada ibu siapa mahu melindungi kami?

Bagi pandangan mereka, ayah yang perlu melindungi dan melayan ibu dengan baik. Sekiranya terlihat sikap ayah yang negatif terhadap ibunya, secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka untuk melakukan negatif terhadap ibu mereka juga. Jika tidak pada ibu, mungkin pada rakan sebaya atau adik-beradik yang lain.

2. Cara berkomunikasi pada orang lain.

Anak-anak akan melihat cara bapanya berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain terutamanya atuk/nenek kerana atuk/nenek adalah orang yang terdekat untuk mereka membuat pemerhatian. Jika kasar cara si bapa berkomunikasi, kasar juga mereka berbicara pada atuk/nenek mereka.

Selain daripada itu, anak-anak juga akan melihat bagaimana bapa mereka berkomunikasi dengan orang asing seperti peniaga di kedai runcit, pelayan di restoran, ataupun tukang cuci. Cara komunikasi ini lah sedikit sebanyak akan membuat mereka menjadi seorang yang sombong ataupun tidak.

3. Cara menjaga penampilan.

Bagi anak lelaki, penampilan mereka sedikit sebanyak terpengaruh daripada bapa mereka kerana sama jantina. Jadi, seorang bapa sepatutnya mengajar tentang aurat pada anak lelaki. Malah bapa juga perlu ajar anak perempuan tentang aurat mereka juga apabila dengan adik-beradik lelaki. Sebagai contoh, usai mandi perlu memakai kain batik, dan sebagainya.

Selain daripada itu, anak-anak juga perlu diajar adab untuk memakai pakaian yang sesuai dengan majlis.

4. Cara menguruskan duit.

Siapa sahaja yang tidak suka pada duit, kan? Termasuklah anak-anak kecil, kerana bagi mereka duit itu seperti ada kuasa. Ada duit, pasti dapat segala yang diinginkan. Jadi, ia perlu bermula daripada bapa bagaimana untuk menguruskan duit.

Berikan anak-anak duit belanja? Nasihat pada anak untuk belanja sedikit, dan kemudian simpan. Situasi sebegini bukan sekadar nasihat sahaja, bapa juga perlu buat simpanan tabung ini depan anak-anak.

Jika bapa seorang yang gemar swipe kredit/debit kad, tidak hairan sekiranya anak-anak mudah terpengaruh dengan situasi ini.

5. Cara mengikut undang-undang.

Terdapat banyak undang-undang yang perlu diajar pada anak-anak kerana ia adalah perkara asas untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral seperti undang-undang di jalan raya. Nampak lampu isyarat berwarna kuning, perlu bersedia untuk berhenti. Nampak warna merah, perlu berhenti jangan pula terus memecut. Aksi ini juga bakal ditiru oleh anak-anak kelak.

Disamping melihat bapanya berkomunikasi dengan orang yang mereka tidak kenal, anak-anak kecil juga akan melihat cara tindakan bapanya terhadap orang yang bekerja beruniform ini. Seperti polis, bomba dan sebagainya.

6. Cara layanan pada orang tidak berkemampuan.

Jika si bapanya sering bersedekah, pasti akan ditiru oleh anak-anak juga. Jika orang tidak berkemampuan ini diherdik dan dicaci maki depan mata mereka, tidak mustahil apabila muda remaja sikap itu akan diwarisi oleh anak-anak pula.

Jadi, Berhati-Hati Sebelum Bertindak Ya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen