Lelaki Ini Kongsikan, Antara Alasan Pasangan Tiada Perancangan Persaraan.

Perancangan Persaraan Atau Retirement Plan...

Dalam merancang kewangan, ia seharusnya dilakukan dalam jangka masa yang panjang, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita. Terutamanya ketika dalam keadaan kecemasan yang terjangka atau pun tidak terjangka.

Walaupun sudah mengetahui akan adanya duit pencen, atau kwsp, masih ada sebahagian pasangan tiada perancangan persaraan.

********

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Azizul Azli ini,

Antara alasan pasangan untuk tidak merancang adalah….

1. Anak anak akan menjaga saya, jangan risau.

2. Duit KWSP akan cukup, jangan risau.

3. Saya masih banyak hutang yang ada.

4. Masih muda lagi, enjoy la dulu.

5. Menyimpan itu sangat sukar

6. Awal lagi, lambat lagi nak bersara.

7. Nantilah saya bermula menyimpan.

Pasangan perlu mengetahui bahawa…

  • Terdapat 152,000 pesara akan bersara dengan simpanan RM50,000 sahaja.
  • Hanya 17% ada simpanan persaraan sebanyak RM100,000.
  • Sebanyak 14% berjaya habiskan semua duit KWSP selepas 3 tahun bersara.

Jadi, setiap pasangan haruslah…

  • Hentikan budaya keluarkan duit KWSP untuk apa tujuan sekali pun sebelum bersara
  • Kahwin awal agar pada usia 50 tahun semua anak dah habis belajar dan berdikari.
  • Hidup dibawah kemampuan, jika mampu beli Honda. Belajar naik Alza.
  • Usah ada hutang baru sebelum bersara.
  • Jangan terlibat dengan riba, banyak duit hilang begitu sahaja.
  • Bagi si suami, jangan tambah bini, kekal yang sedia ada. Belanja tak tambah lagi.

Moga bermanfaat buat kita semua.

********

Semoga Bermanfaat Dan Mulalah Merancang Kewangan Anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen