Tidak Berkahwin Itu Rezeki, Berkahwin Itu Juga Rezeki, Maka Syukurlah Selalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai rezeki, ramai yang berfikiran bahawa rezeki itu berbentuk kewangan, mahupun harta. Ramai yang silap sebenarnya, rezeki itu sebenarnya boleh datang dengan pelbagai bentuk yang sememangnya kadang kala kita sendiri tidak duga dan jangka. Ada orang diberikan rezeki berbentuk kewangan serta harta benda, ada juga yang menerima rezeki dengan anak-anak yang soleh, ada juga yang menerima rezeki dengan kesihatan yang baik dan pelbagai lagi lah. Dan setiap apa yang Allah beri itu adalah rezeki.

Begitu juga dengan berkahwin, siapa sahaja pasti mahu mendirikan rumahtangga bersama insan yang tersayang serta membina sebuah keluarga bahagia. Tetapi, jika masih belum tiba masa yang sesuai untuk anda menerima rezeki itu, maka haruslah bersabar.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Ridhwan ini, seseorang yang masih belum berkahwin itu adalah rezeki bahkan orang yang dapat berkahwin itu juga rezeki. Ikuti perkongsian darinya.



Kahwin itu adalah rezeki, tapi kalau Tuhan belum berikan sebarang petunjuk untuk kau berkahwin, itu juga adalah rezeki.

Tadi aku baca, “Rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”

Aku cakap macam ni sebab aku ada ramai kawan-kawan yang masih bujang. Dan ada daripada mereka, yang kami membesar sama-sama, dan sehingga umur ini, mereka masih belum punyai peluang untuk bercinta dan berkahwin.

Kerja masing-masing bagus. Ada yang jadi cikgu, pensyarah, doktor, tentera, malah ada juga yang sampai sekarang power betul jalankan perniagaan. Tapi hingga hari ini, masih belum punyai sesiapa sebagai someone special.

Sebab rezeki jodoh itu bukannya ia akan datang bila kau sudah ada pekerjaan yang bagus. Bukan pada pangkat dan harta. Bukan juga rupa paras yang elok. Tapi bila Tuhan itu tahu kau kondisi yang kau sudah bersedia untuk mendapat rezeki ini.

Tapi tak bermakna bila kau sudah berkahwin kelak, kau akan dapat rezeki tu sepenuhnya milik kau. Belum tentu.

Ada orang kahwin masa muda, tak lama kemudian Tuhan berikan dia ujian, pasangan dia ini, perangai tak sama sebelum dan selepas kahwin, dia tak tahan, dan dia mengambil jalan yang berbeza. Rezeki dia takat tu je.

Ada orang tunang dah lama, tunggu punya tunggu, tak jadi ke gerbang perkahwinan. Maknanya, rezeki dia takat tu je.
Dan ada orang dia baru je berkahwin, sehari, dua hari, tiga hari, tetapi pasangan yang dia sayang, Tuhan ambil. Sekejap je Tuhan beri dia rezeki ini.

Atas sebab itu, rezeki ini adalah bila mana kau terima dengan ikhlas, setiap apa yang Tuhan sudah berikan pada kau.


Tak kahwin juga adalah rezeki.
Berkahwin juga adalah rezeki.


Dan selepas kahwin, dapat pasangan yang menguji juga adalah rezeki.

Rezeki itu adalah bila mana kau redha, ikhlas dan terima setiap apa aturan yang Tuhan aturkan untuk kau selama mana kau hidup.

Ia tak senang.

Tapi atas kapasiti seorang hamba, kau kena berjuang untuk kehidupan akhirat yang lebih baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen