Jangan Pandang Remeh Masalah Pedih Ulu Hati, Anda Mungkin Sedang Mengalami Serangan Sakit Jantung.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita hanya memandang ringan terhadap masalah ulu hati ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa masalah ini bukan satu perkara yang serius, nanti bila-bila masa ia akan sembuh sendiri. Ramai yang silap, penyakit ini berkemungkinan pertanda bagi penyakit lain.

Menurut Pegawai Farmasi Dr. Faiz Akmal Mfa pedih ulu hati ni biasanya terjadi bila mana asid dalam perut kita ni boleh terlepas dan pergi naik pulak ke salur pemakanan kita.



Bahkan, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya selepas anda memakan ubat tetapi masih tiada tanda-tanda untuk membaik. Ini kerana, menurut beliau pedih ulu hati yang anda alami itu disebabkan radang pada salur perut ataupun korang sedang mengalami serangan sakit jantung.

Bagaimana hendak kenali bahawa anda mengalami pedih ulu hati?



Pernah tak korang rasa seperti:

✔️ Rasa terbakar kat dada

✔️ Sakit dada lagi-lagi selepas tunduk, baring, atau lepas makan

✔️ Rasa macam terbakar atau kepanasan dalam tekak

✔️ Sendawa

✔️ Batuk yang teruk

✔️ Suara bertukar menjadi serak

✔️ Nafas berbunyi macam orang semput

Kalau korang ada experience tanda-tanda di atas, boleh jadi korang sedang mengalami PEDIH ULU HATI.

PEDIH ULU HATI ni biasanya terjadi bila mana ASID dalam perut kita ni boleh TERLEPAS dan pergi naik pulak ke salur pemakanan kita.

Itu pasal kita boleh rasa PEDIH atau SAKIT-SAKIT pada bahagian dada kita, dan ada kala boleh rasa pedih-pedih tu sampai ke TEKAK‼️




Tips mengelakkan pedih ulu hati:

✔️ ELAKKAN makan pedas dan berempah, air gas, atau makanan yang diawet.

✔️ KURANGKAN makanan bergoreng dan berlemak. Kembung selalu terjadi akibat makanan berlemak.

✔️ AMALKAN teknik makan secara KERAP, tapi SIKIT2 kuantiti makanan.

✔️ Makan dan kunyah PERLAHAN-LAHAN, elakkan dari terus menelan. (Patutlah ini jadi sunnah kan).

✔️ JANGAN MAKAN ketika rasa bimbang, cemas, atau kecewa. Sila makan dalam keadaan TENANG. Makan ketika sedang stress menyebabkan perut tidak hadam. (Haa, selalu tengok orang yang stress post gambar2 makanan).

✔️ BERHENTI merokok.

Ubat yang boleh dibeli di farmasi.

Di sini, abam farmasis nak kongsikan beberapa CONTOH UBAT ANTACIDS untuk korang semua boleh beli di mana-mana kedai farmasi berdaftar.

Nanti bila pergi kedai farmasi, cakap je,

"Saya nak beli UBAT ANTACIDS ya."

Ada yang jenis TABLET. Ada yang jenis SERBUK. Ada juga yang jenis CECAIR MINUM.



Ya, UBAT ANTACIDS adalah salah satu rawatan untuk PEDIH ULU HATI ini.

Cara ubat ini bekerja adalah dengan cara MENGURANGKAN penghasilan asid di dalam perut kita, sekaligus dapat CEGAH pedih ulu hati tu daripada berulang.



Oh ya, abam farmasis juga nak kongsikan sedikit info dari abam dressar yang bertugas satu tempat dengan abam ini. Terima kasih abam dressar ku.

Beliau sempat menambah info tentang PEDIH ULU HATI:

"Buat korang yang ada SEJARAH PENYAKIT JANTUNG, apabila korang diserang PEDIH ULU HATI ini, sila buat pemeriksaan ECG terlebih dahulu di mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan."



KENAPA ?

Sebab kita nak pastikan sama ada PEDIH ULU HATI korang itu disebabkan radang pada salur perut ataupun korang sedang mengalami SERANGAN SAKIT JANTUNG‼️

Ya, orang yang mengalami SERANGAN SAKIT JANTUNG selalu nya akan mengalami juga PEDIH ULU HATI ini.

Akhir kata, kalau dah makan UBAT ANTACIDS, pun tak baik-baik juga PEDIH ULU HATI korang.. Sila lah pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan.

Supaya doktor boleh sahkan sama ada itu disebabkan ULSER PERUT atau pun KANSER PERUT.

Mintak kita semua dijauhkan dari PEDIH ULU HATI. Mulakan dengan tengok apa yang kita ngap dulu. ✌️

Semoga membantu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen