Bila Dah Jadi Ayah Nanti….

Belum lagi bergelar menjadi seorang bapa, sudah pening untuk memikirkan cara untuk menguruskan diri dan berdikari. Apatah lagi pening untuk mengumpul duit kahwin melamar kekasih hati. Semua yang dilakukan sudah tentu mempunyai halangan dan cabaran. Namun, ia terpulang pada setiap individu bagaimana untuk menangani cabaran dengan cara sendiri.

Antaranya untuk menjadi seorang bapa di kemudian hari. Tanggung jawab bapa bukan semata-mata mencari rezeki dan memberi makan, minum, pakaian pada anak-anak sahaja. Emosi anak-anak juga perlu dijaga.

1. Apabila lelaki sudah berkahwin dan menjadi seorang bapa, tanggung jawab anda menjadi berganda!

Ini kerana perlu menyediakan beberapa perkara asas untuk anak-anak pula, selain daripada isteri tercinta.

2. Apabila sudah berkahwin, amanah dari Allah SWT juga sudah bertambah, selain isteri tercinta, memiliki cahaya mata juga perlu dijaga.

Tanggung jawab bertambah dari segi makan, minum dan pakaian. Apatah lagi pendidikan untuk anak-anak juga. Jangan harapkan isteri seorang lakukan semua perkara.

3. Apabila sudah berkahwin, nasib anda sebagai seorang suami dan bapa tidak sama dengan keluarga rakan sebaya anda!

Jangan pernah samakan keluarga anda dengan keluarga lain, kerana ada yang sudah mahupun ada yang senang. Jika anda susah macam mana sekalipun, berusaha sediakan keperluan asas juga.

4. Apabila sudah berkahwin, bergelar bapa dan anak-anak sudah bekerjaya, jangan bergantung harapan pada anak-anak seratus peratus!

Ini kerana kita sendiri tidak tahu dan tidak dapat menjangka masa depan anak-anak. Mereka juga mahu memulakan kehidupan dengan kerjaya dan pendapatan sendiri, sebagaimana diri anda pada waktu ketika dahulu.

5. Untuk menjadi bapa ketika lanjut usia dan tidak bekerja, perlu mengetahui fitrah anak-anak pasti akan membantu ibu bapanya kelak.

Oleh itu, mulakan dari diri anda untuk sentiasa menolong kedua ibu bapa anda juga supaya anda sebagai bapa mengerti situasi sebegini.

6. Dan yang paling penting adalah, sebelum mahu bergelar suami dan bapa, pasanglah azam untuk membeli rumah walaupun kecil sahaja.

Rumah adalah sebagai tempat kita berlindung. Dengan adanya sebuah rumah, isteri dan anak-anak akan selamat dan tenang.

Bila dah jadi ayah, memang banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Jangan merungut. Jangan mengeluh. Lakukan demi untuk menjaga amanah Allah.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen