Kenapa Wanita Solehah Banyak Berkaitan Dengan Isteri? Jom Baca Penjelasan Ini.

Wanita solehah adalah dambaan setiap lelaki untuk dijadikan sebagai isteri.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.” [Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)]

Hadith di atas menjelaskan bahawa sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal lama bersamanya (isteri).

Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan.

Sudah sedia maklum, dalam mencari bakal jodoh (isteri) terdapat 4 perkara yang menjadi kayu pengukur, iaitu keturunan, agama, harta dan kecantikan. Namun, Baginda SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat.

Hadith di atas juga bermaksud para lelaki perlu mencari dan berusaha serta berlumbalah untuk mendapatkan perempuan yang baik agamanya.

“Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.”

Hal ini tidak pula bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang paling baik.

Jika kesemua ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan.

Ini kerana wanita solehah ini biasanya sudah menjadi sejarah daripada dahulu lagi akan dikahwini oleh lelaki yang sepertinya dan biasanya akan menjadi pilihan utama. Disebabkan itulah, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]

Hadith diatas menjelaskan makna wanita yang solehah ialah..

  • Menggembirakan suami apabila dilihat.
  • Mentaatinya apabila disuruh.
  • Memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [Riwayat Abu Daud (1664)]

Justeru, wanita solehah kebanyakannya berkaitan dengan isteri, iaitu diambil dari sudut 'Iktibar Pada Masa Akan Datang'  ‘اعتبار ما يكون'...

  • Anak-anak yang soleh dan solehah.
  • Seterusnya menjadi wanita yang solehah.
  • Akhirnya isteri yang solehah.
  • Apabila disebut isteri yang solehah maka ia termasuk dalam perkara kebahagiaan dalam hidup.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:

“Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah – selepas takwanya kepada Allah SWT – lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya.” [Riwayat Ibn Majah (1857)]

Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:

 “Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” [Riwayat Ibn Hibban (4031) dan Ahmad (1448)]

Justeru, itulah yang disebut sebagai pengertian wanita yang solehah sepertimana terangkum dalam nas-nas yang dinyatakan di atas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen