Pegawai Farmasi Ini Kongsi Bagaimana Bancuh Ubat Anak-Anak Dengan Betul, Ibu Ayah Kena Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cara pengambilan ubat yang betul adalah penting bagi memastikan anak kita mendapat manfaat yang diperlukan dari ubat tersebut. Tidak boleh hanya sekadar bagi atau sekadar bancuh sahaja, anda perlu betul-betul tahu bagaimana melakukan proses tersebut.

Sebagai ibu bapa kita pasti mahu anak kita mendapat kesan yang segera selepas diberi ubat, maka dengan itu cara membancuh dan pemberian ubat itu perlu betul. Mari lihat bagaimana Pegawai Farmasi Faiz Akmal Mfa ini tunjukkan cara-cara yang sebetulnya.



TAHU TAK MACAM MANA NAK BANCUH UBAT ANAK ❓

Haa, mak ayah selalu ambil ubat untuk anak kan.. Biasanya, ubat antibiotik yang macam dalam gambar di bawah ni..

"Eh, ada serbuk pula dekat botol ubat anak aku ni?", mak ayah bertanya sambil garu-garu kepala..

Meh abam farmasis terangkan..

Biasanya, ubat-ubat antibiotik untuk budak-budak adalah dalam bentuk SERBUK..

Tugas mak ayah adalah kena BANCUH ubat-ubat ni dekat rumah..



1. Tengok dulu KOTAK atau BOTOL ubat. Kat situ, ada arahannya.

2. GONCANG dulu botol ubat yang berserbuk itu. Pastikan tak ada serbuk yang melekat dekat dinding botol tu.

3. BUKAK penutup botol.

4. Sediakan AIR MASAK yang BERSUHU BILIK sahaja. BUKAN air panas atau air suam! Sebab air panas atau air suam dikhuatiri akan MEROSAKKAN ubat!

5. Tuang lah AIR MASAK itu secara PERLAHAN-LAHAN ke dalam botol berserbuk itu, tapi JANGAN sampai LEBIH GARISAN LEKUK dulu! Tuang air SIKIT-SIKIT je.

6. TUTUP balik botol dengan penutup botol, kasi ketat.

7. GONCANG LAGI botol sehingga sebati.



8. BUKAK balik penutup botol, kali ni tuang air sampai PARAS GARISAN LEKUK pada botol tu. Setiap botol ubat antibiotik biasanya memang ada GARISAN LEKUK tu.

9. TUTUP botol balik, goncang larutan, dan pastikan isipadu larutan kali ni dah berada pada PARAS GARISAN LEKUK itu.

10. LARUTAN ubat antibiotik SEDIA UNTUK DISUKAT dan DIMINUM oleh si anak.

INGAT ‼️

✔️ Sila BUKAK dan BANCUH UBAT SATU BOTOL dulu. JANGAN main buka dan bancuh semua botol yang ada.

✔️ Sila BACA ayat-ayat di KOTAK, BOTOL, atau LABEL UBAT itu dulu untuk mak ayah tahu tentang CARA SIMPAN dan KETAHANAN bagi setiap ubat yang ada.

✔️ Biasanya, kalau mak ayah BELUM BUKAK PENUTUP BOTOL ubat, dan ubat tu masih dalam keadaan SERBUK, mak ayah memadai SIMPAN UBAT itu dalam SUHU BILIK sahaja (redup, gelap, dan kering) ➡️ ia akan BERTAHAN sampai TARIKH LUPUT yang tertera.

✔️ Tetapi, kalau mak ayah DAH BUKAK PENUTUP BOTOL, DAH BANCUH UBAT, maka sila SIMPAN DI RUANG PENDINGIN DI PETI SEJUK (bukan pintu peti sejuk, bukan dekat dengan beku, bukan dalam beku) ➡️ ia akan BERTAHAN selama 7 HARI SAHAJA.

✔️ Apa pun, semua kena rujuk pada KOTAK, BOTOL, atau LABEL UBAT kerana setiap ubat BERBEZA CARA SIMPAN DAN KETAHANAN ikut pada setiap KILANG PENGELUAR.

✔️ Mak ayah yang ambil ubat-ubat anak dekat kaunter farmasi tu, SILA BERTANYA dengan PEGAWAI FARMASI di tempat masing-masing. JANGAN BALIK RUMAH dulu sampai lah mak ayah 100% faham. Sebab ubat2 tu untuk anak-anak tercinta juga. Cepat anak sihat, cepat lah mak ayah tak pening2 kepala lagi.

Sekian, semoga membantu. 💪😊

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen