Apa Kamu Perlu Tahu Bila Dah Ada Teman Lelaki.

Oleh: Rafi

Kamu kini dah berpunya, tapi apa yang kamu perlu tahu selepas dah berpasangan ini? Kami bantu kamu fahami ‘perjalanan’ dalam sesebuah perhubungan.

KAMU ASYIK FIKIR: Dia akan bandingkan kamu dengan bekas kekasihnya.

TAPI SEBENARNYA: Pakar psikologi mengatakan, ini satu hakikat yang sukar disangkalkan. Namun, biar apapun punca perhubungan lampaunya gagal dia akan hanya bandingkan kamu daripada segi kamu tak sama seperti teman wanitanya yang dulu. So kamu bolehlah tarik nafas lega ya.



KAMU ASYIK FIKIR: Mesti kawannya lebih suka bekas kekasihnya.

TAPI SEBENARNYA: Jika kamu mendapati ahli keluarga dan kawan-kawannya asyik menyebut nama ex si dia sampai kamu sendiri rasa tak selesa, kamu berhak untuk menyuarakannya. Beritahu buah hati kamu (bukan depan mereka) betapa kamu perasan yang nama ‘the ex’ selalu disebut, dan mungkin dia perlu jelaskan jika masih ada perasaan untuk wanita tersebut. Ia seakan satu peringatan lembut yang kalian kini bersama.

KAMU ASYIK FIKIR: Kamu dah tak lagi hot kerana dah ada teman lelaki.

TAPI SEBENARNYA: Satu kajian di Amerika Syarikat mengatakan yang seseorang wanita akan nampak lebih menarik jika dia bersama dengan teman lelaki yang kacak. Jadi, bukan saja si dia saja yang berikan perhatian kepada kamu, tapi rupa-rupanya jejaka lain pun turut memandang kamu.



KAMU ASYIK FIKIR: Kamu asyik kena control diri.

TAPI SEBENARNYA: Kalau tiba-tiba kamu jadi sopan santun penuh keayuan, sudah tentu ibu bapamu sendiri akan angkat sebelah kening dan tertanya-tanya. Si dia yang baru mengenali kamu mungkin akan merasakan ‘oh, how sweet…’ Tapi sampai bila kamu nak terus ‘berlakon’ begitu apatah lagi itu bukan personaliti dirimu yang sebenar. Perhubungan baru menawarkan keterujaan untuk kamu menguji dirimu dan mengetahui apakah sempadannya. Ya, kamu mungkin boleh ubah dirimu dengan bermulanya perhubungan baru ini tapi janganlah sehingga kawan-kawan dan ahli keluarga kamu sendiri merasakan kamu dah jadi hipokrit pula.

KAMU ASYIK FIKIR: Kamu nak kena tahu segala-galanya mengenai dirinya.

TAPI SEBENARNYA: Berterus-terang sajalah, pasti kamu pernah buat ‘edisi siasat’ pada akaun Facebook milik si dia, semata-mata untuk ketahui dirinya lebih lanjut, bukan? Satu hal kalau nak korek sedikit sebanyak info mengenainya atas dasar ingin tahu tapi ingat, tiada perhubungan yang didatangkan dengan jaminan ia akan berkekalan selama-lamanya. Ini bermakna, jika kamu sanggup taip namanya dalam Google, kamu sendiri yang rugi besar sebab melepaskan peluang untuk mengenalinya lanjut secara one-to-one. Dan katakanlah dia pun melakukan benda yang sama, menaip nama kamu di Google? Baik pastikan yang gambar bukan-bukan dirimu telah dihapuskan daripada alam maya ya…

KAMU ASYIK FIKIR: Kamu cepat sangat jatuh cinta padanya.

TAPI SEBENARNYA: Lelaki telah diprogram untuk memilih pasangan berdasarkan fizikal wanita itu, menurut sains. Dan wanita pula akan memilih lelaki yang boleh menjadi bapa yang baik, dan ini akan hanya diketahui selepas tempoh masa yang panjang. Satu kajian antarabangsa telah menunjukkan yang lelaki merasakan dia jatuh cinta selepas tiga janji temu, sementara wanita hanya akan pasti selepas 14 janji temu. Apa pun, setiap perhubungan menawarkan potensi ‘membesar’ tersendiri jadi apa jua penghujungnya, you should just go for it!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen