“Mereka Yang Takut Risiko Untuk Melabur, Emas Amat Sesuai Untuk Disimpan..” Kongsi Wanita Ini.

Ramai sahaja dikalangan kita takut untuk melabur, tidak kira untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Individu ini dikatakan orang yang takut dengan risiko sehingga tidak memulakan langkah untuk melabur, kerana akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akan tetapi masih ada niat untuk menyimpan.

Ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli berkenaan dengan isu ini..

********

Soalan:

Sesuai ke simpanan emas bagi kes penyimpan dan pelabur konservatif seperti saya?

Jawapan:

Jika puan adalah penyimpan dan pelabur konservatif yang tidak sukakan risiko, ya simpanan emas adalah sangat sesuai untuk puan. Ini adalah kerana :

1 - Simpanan emas Public Gold adalah patuh shariah.

Ini kebiasaannya faktor utama yang penyimpan dan pelabur konservatif akan ambil kira terutamanya jika simpanan tersebut atas tujuan untuk pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan haji.

2 - Emas adalah penyimpan nilai yang unggul.

Emas tidak menjanjikan puan kaya serta merta tetapi emas menjadikan kekayaan puan kekal dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jika puan memiliki satu kilogram emas, maka berat tersebut akan berkekalan hingga kiamat selagi puan tidak jualkan ia. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah slow and steady namun sepanjang zaman emas dilihat sebagai logam berharga.

3 - Semua simpanan gram puan disokong oleh emas fizikal yang puan boleh keluarkan pada bila-bila masa. Di Malaysia hanya ada dua hard asset atau harta fizikal. Jika puan berminat membeli rumah pelaburan, silakan.

Tetapi jika puan tidak berminat, emas adalah pilihan lainnya yang puan boleh simpan di akaun GAP atau simpan di tangan. Tidak ada mana-mana 200,000 penyimpan emas di akaun GAP dihalang daripada mengeluarkan emas masing-masing.

4 - Simpanan emas boleh dikatakan simpanan yang hampir tiada risiko.

Kerana sejak ribuan tahun emas tidak pernah mencecah nilai sifar apatah lagi negative. Emas ada waktunya mungkin turun harga namun penyimpan gembira kerana waktu ini adalah waktu meningkat kan simpanan.

Ini kerana emas adalah matawang dunia yang tidak ditolak di mana-mana negara. Lebih banyak gram emas,lebih baik sebenarnya. Emas PG memberikan jaminan belian balik tidak kira puan mahu jualkan emas yang telah kemek, patah atau calar asalkan beratnya masih ada.

5 - Emas adalah asset yang paling mudah dibahagikan.

Jika puan memiliki satu kilogram emas, puan boleh bahagikan kepada 500 gram bagi dua orang anak atau 200 gram bagi lima anak. Nilainya lebih adil berbanding hartanah yang value semasa mungkin berbeza-beza mengikut lokasi. Pembahagian emas sebagai pusaka sangatlah mudah, cepat dan pembahagian lebih seimbang kerana emas dinilai dari sudut berat dan ketulenan nya.

6 - Ya emas adalah simpanan KONSERVATIF kerana emas bukan disimpan hari ini atau sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun ianya satu-satunya cabang simpanan yang bertahan sejak ribuan tahun. Emas adalah simpanan konservatif yang disimpan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia sejak ribuan tahun lalu.

7 - Jika puan takut pada risiko, emas sangat sesuai kerana Puan boleh mulakan serendah satu gram pertama.

Ambil langkah pertama dan puan boleh sertai team kami untuk belajar. Dah yakin dengan ilmu baru puan kembangkan simpanan secara perlahan-lahan.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen