"Ubat Cacing Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak Sahaja, Tetapi Orang Dewasa Juga Perlu Memakannya."

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya ubat cacing ini lebih sinonim dengan kanak-kanak kerana ia membantu tumbesaran mereka. Ramai orang beranggapan bahawa apabila sudah dewasa, ubat cacing ini sudah tidak diperlukan oleh tubuh badan kerana sudah besar.

Ramai yang silap, walaupun sudah besar panjang atau sudah tua sekalipun, ubat cacing ini perlu diambil bagi jangka masa yang sesuai. Jangan ingat kanak-kanak sahaja mudah kena cacing ini, orang dewasa pun boleh terkena sama ya!

Mari kita ikuti perkongisan dari Pegawai Farmasi Faiz Akmal Mfa mengenai ubat cacing ini.



Ini adalah salah satu ubat cacing yang ada disediakan di kebanyakan fasiliti kesihatan kerajaan sekarang ini.

Sebelum abam farmasis nak citer kan pasal ubat, kita kena tahu juga apa itu PENYAKIT CACING.

Bukan budak-budak aje boleh kena CACING ni, tapi juga orang dewasa. Antara sebab-sebabnya adalah:

1. Makan makanan atau sayur yang TAK DIMASAK dengan sempurna.

2. TAK BASUH tangan sebelum makan atau selepas sentuh haiwan.

3. TAK PAKAI selipar atau kasut bila keluar rumah.

Apa Yang Berlaku?

1. Cacing-cacing ini akan masuk ke dalam badan kita.

2. Cacing-cacing ni duk bersaing sesama sendiri untuk curi zat makanan yang sepatutnya badan kita dapat.

3. Lalu, badan kita akan kekurangan zat.

4. Budak-budak akan terbantut tumbesarannya.



Apa Tugas Ubat?

Nama ubat ini adalah ALBENDAZOLE. Ia adalah salah satu ubat cacing yang femes di kebanyakan fasiliti kesihatan kerajaan.

Kenapa ALBENDAZOLE yang dipilih?

1. Ubat ni kurang diserap ke dalam badan, ia hanya melepak kat kawasan usus.

2. Bila ia dah ada kat usus, ia akan mengacau proses serapan gula oleh cacing-cacing ini.

3. Cacing-cacing pun keletihan sebab tak dapat tenaga, lalu mati!



Selamat tinggal wahai cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait, cacing benang, cacing kerawit, dan cacing pita!

Satu biji ubat ini mengandungi Albendazole 200mg.

Menariknya, ubat ini BOLEH DIKUNYAH atau DIHANCURKAN dan DICAMPUR dengan makanan!

Siap ada PERISA COKLAT pulak tu! Budak-budak mesti suka!

Dos LAIN-LAIN ikut JENIS CACING yang menjangkiti kita dan juga UMUR kita. Boleh klik pada GAMBAR KEDUA untuk keterangan mengenai DOS UBAT.

Yang pasti, IBU-IBU PREGGY dan BUDAK BAWAH 1 TAHUN, memang TAK BOLEH ambik ubat biji ini.

Dan macam biasa, sila simpan di SUHU BILIK sahaja, tempat yang GELAP, REDUP, dan KERING!

Sekian, selamat menatap UBAT PALING COMEL DI FARMASI ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen