Doktor Ini Kongsi 4 Rahsia Kekalkan Awet Muda Yang Mudah Untuk Ditiru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pagi menjamu teh tarik berserta nasi lemak sememangnya sangat lazat. Bila tiba di tempat kerja pula, walaupun pejabat di tingkat satu masih juga tunggu lift yang sedang sibuk turun naik itu. Sedangkan kalau panjat tangga tak sampai 5 minit sahaja. Itulah orang kita, ramai yang ingin hidup sihat tetapi tidak mahu mengamalkan gaya hidup sihat.

Tapi bila ada produk yang menyatakan mampu memberi kesihatan pada tubuh badan, atau mampu turunkan berat badan dalam masa seminggu, terus sahaja dibelinya. Nak sihat dan cergas ini tidak susah, ia bermula dengan rutin harian kita.

Kali ini Dr. Muhammad Uwais Al Qorni berkongsi rahsia untuk kekal awet muda. Rugilah kalau sekadar baca dan tidak dijadikan amalan setiap hari.



RAHSIA UNTUK KEKAL AWET MUDA!

Bulan Sembilan tahun ni genap usia doc 31 tahun. Tapi sepanjang 31 tahun doc hidup ni, baru beberapa bulan belakangan ni doc benar-benar mengambil serius akan tahap kesihatan doc sebab doc dah cecah tahap obese yang membimbangkan dan dalam fasa penurunan berat.

Jadi hari ini, doc nak kongsikan beberapa tips yang doc kutip sepanjang perjalanan dan karier doc berjumpa pesakit seharian.



Tips ni doc baru dapat tadi, dikongsikan oleh seorang pesakit doc yang obese tetapi mendapat inspirasi daripada seorang doc pakar wanita bernama Dr Hamid Arshat yang sangat terkenal di Kuala Lumpur. Dr Hamid ni walaupon dah berusia mencecah 74tahun tapi sentiasa ceria dan kelihatan awet muda.

Tips pertama adalah, sentiasa mengamalkan pengambilan ulam-ulaman yang segar dan kalau boleh ditanam sendiri.

Antara kelebihan ulam dan sayur segar adalah kandungan vitamin C, kolagen dan beta karotin yang tinggi dan baik untuk kulit. Kebetulan pula doc memang sedang mula berjinak-jinak memakan ulam.

Jadi ini serba sedikit antara ulam yang doc nak cadangkan untuk sesiapa yang baru nak mula makan ulam.



Ok, ulam pertama yang paling terbaik rasanya adalah ulam raja. Rasanya sangat enak dan wangi seakan-akan seperti rasa buah mangga muda. Khasiatnya pula sangat banyak dan paling penting adalah meremajakan kulit.



Ulam kedua yang doc cuba adalah timun. Tipulah kalau korang tak pernah makan timun ni kan. Timun ni sangat mudah didapati di mana-mana, dalam nasi lemak,satay, acar sayur, dan sebagainya. Rasanya juga boleh diterima tekak dan sangat tinggi kandungan air dan nutrien penting untuk tubuh badan. Kerap mengamalkan timun boleh mengelakkan dehidrasi terutama jika sering berkerja di tempat panas.

Selain itu, banyak lagi ulam lain seperti pegaga, jantung pisang, kacang petola dan sebagainya. Tapi yang lain tu ikut selera tekak kau orang masing-masing lah. Mula makan perlahan-lahan dan cuba nikmati rasanya tanpa campurkan sebarang sambal, kuah dan sebagainya. Cukup sekadar dibasuh bersih atau dilayur.



Tips kedua, selain mengamalkan ulaman, amat penting juga untuk melakukan senaman “kardio” seperti berlari, berbasikal dan sebagainya.

Sekarang ni aktiviti yang sering doc lakukan adalah “jogging” sekitar taman dalam 10pusingan setiap kali, satu pusingan adalah lebih kurang 200-300meter. So darab 10 adela lebih kurang 2-3km. Buatlah dua ke tiga kali seminggu, memang terasa bezanya.

Senaman "kardio" macam ini dapat mengelakkan obesiti dan meningkatkan metabolisme tubuh serta stamina. Takdelah lagi korang cepat mengah nak jalan-jalan kat KLCC tu. Lagi satu kalau korang diet sahaja tanpa senaman, memang nanti korang berat boleh turun tapi kulit jadi k, tak tegang dan berbabat.



Tips ketiga pula adalah untuk mengamalkan tidur yang mencukupi. Waktu terbaik untuk tidur malam adalah dalam lingkungan 9malam sehingga 5pagi. Minimum tempoh tidur terbaik pula adalah sekitar 6 hingga 8jam.

Tips keempat untuk kekal muda dan bertenaga adalah cuba sedaya upaya menangani stress dengan baik. Dalam kehidupan seharian, terdapat pelbagai jenis kesukaran dan permasalahan yang perlu dihadapi termasuklah kerenah anak kecil, melayan pelanggan, mahupun mengikuti arahan dari majikan dan sebagainya.

Adalah amat penting bagi anda yang ingin kekal awet muda supaya tidak terlalu memandang sesuatu masalah itu dengan serius dan tertekan sebaliknya hendaklah sentiasa cuba berlapang dada dan mencari penyelesaian dengan cepat.

Sebab tu la ada sesetengah orang tu kalau tengok umurnya masih muda tapi nampak macam tak padan sebab mukanya terlalu kusam. Ada pula orang yang sudah tua tetapi wajahnya sangat muda dan bertenaga.

Ok, itu sahaja perkongsian ringkas doc. Kalau ada pape tips lain yang korang tahu dan sedang amalkan, bolehlah share ye.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen