Tangan Terlalu Kerap Rasa Kebas-Kebas, Mungkin Ini Adalah Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala kita ini hanya memandang ringan sahaja akan perkara-perkara kecil berlaku mengenai kesihatan tubuh badan kita. Sebagai contoh, kita kerap mengalami kebas-kebas tangan, tetapi sentiasa berfikir bahawa ia adalah kesan kerana memegang sesuatu benda dengan lama. Jika tidak kerap mungkin anda boleh berfikiran seperti ini tetapi jika terlalu kerap bagaimana?



Menurut The Diagnosa, kebas tangan adalah salah satu simptom yang amat dirisaukan dikalangan rakyat Malaysia. Salah satu penyakit yang dirisaukan apabila seseorang itu menghadapi kebas tangan adalah angin ahmar.

Perlu diketahui bahawa kebanyakan masalah kebas tangan bukan berpunca daripada angin ahmar dan selalunya angin ahmar akan menyebabkan simptom lain terutamanya kelumpuhan pada bahagian tangan ataupun kaki.



Perkara ini selalunya berlaku ketika mana tangan anda terhimpit disebabkan posisi tidur yang tidak betul. Posisi tersebut akan menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit menyebabkan fungsi saraf deria dikawasan tersebut akan berkurangan.

Ini akan menyebabkan anda tidak merasakan apa-apa rangsangan langsung pada ketika itu seolah-olah anda tidak mempunyai tangan. Tetapi setelah anda membetulkan posisi badan dan himpitan itu hilang, maka tangan tersebut pun akan beransur normal dan dapat merasa semula.

Masalah ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu duduk dalam keadaan bersila pada satu masa yang lama. Pada ketika itu, individu tersebut akan mula merasa kaki menjadi kebas dan seolah-olah dicucuk jarum. Apabila dia berdiri semula, himpitan tersebut akan hilang menyebabkan saraf dapat berfungsi semula seperti biasa.

Keadaan seperti ini selalunya tidak dirisaukan oleh para doktor. Akan tetapi terdapat beberapa keadaan yang merisaukan doktor jika kebas itu berlaku tanpa melibatkan posisi badan seseorang pesakit.

Apakah punca kepada masalah tangan kebas?

Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.

Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan dimana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:



1. Kencing manis

Kencing manis boleh merosakkan saraf di dalam badan sedikit demi sedikit. Pada mulanya ia akan mula merosakkan saraf di bahagian kaki terlebih dahulu. Jika ia terlalu teruk, ia boleh naik ke bahagian tangan pula.

Sebanyak 30% mereka yang menghadapi kebas dibahagian kaki adalah disebabkan kencing manis.

2. Angin Ahmar (Strok)

Masalah ini selalunya akan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian tangan dan kaki. Ia disebabkan pendarahan ataupun sumbatan darah yang berlaku dibahagian otak.

Pesakit boleh mengadu simptom kebas ataupun tidak pada bahagian yang lumpuh



3. Sindrom Himpitan saraf(Nerve Entrapment Syndrome)

Saraf yang terperangkan ataupun mengalami himpitan ini selalunya berlaku dikawasan yang membentuk terowong. Dimana saraf tersebut perlu memasuki lubang/terowong itu. Jika lubang itu menghadapi keradangan, ia akan menyebabkan fungsi saraf terganggu dan tangan akan kebas.

4. Penyakit Sistemik

Penyakit yang melibatkan seluruh sistem badan seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakan pada salur darah, keradangan kronik dan sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf

5. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.



6. Penggunaan Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan tahap vitamin thiamin menjadi berkurangan di dalam darah.
Thiamin juga merupakan salah satu elemen yang diperlukan untuk membentuk saraf yang sihat. Kekurangan elemen ini akan menyebabkan pesakit mengalami kebas-kebas badan.

7. Toksin

Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.

8. Penyakit Autoimun

Penyakit Autoimun adalah satu penyakit yang berlaku disebabkan kekeliruan sistem imun. Ia akan menyebabkan sistem imun badan menyerang sel badan sendiri.

Beberapa jenis penyakit autoimun adalah:

• Guillain-Barre syndrome
• Systemic Lupus Erythematosus
• Rheumatoid arthritis

9. Kecederaan

Trauma yang melibatkan kerosakan pada saraf akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian tangan ataupun bahagian lain.

Sebagai contoh jika terdapat tulang yang retak dibahagian tengkuk ataupun slipped disc yang berlaku dibahagian tengkuk, ia akan menyebabkan saraf terhimpit dibahagian itu. Ini akan menyebabkan saraf yang berhubung dengan tangan tidak dapat berfungsi dan menyebabkan tangan menjadi kebas.

Jika anda mengalami kebas-kebas tangan dengan terlalu kerap, adalah lebih baik jika segera berjuma dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen