"Tidak Salah Utamakan Orang Tua, Tetapi Jangan Sampai Menganiaya Isteri Sendiri" Pesan Lelaki Ini Buat Suami-Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang suami itu adalah pelindung buat isterinya. Suamilah tempat dia berkasih sayang bahkan suami jugalah sahabat baiknya. Jika seorang suami sendiri tidak mahu mendengar segala luahan isteri dan mengabaikan isteri, siapa lagi tempat untuk dirinya mengadu.

Jika dikongsi pada orang luar, dikata tidak tahu menjaga air muka suami tetapi suami sendiri yang mengabaikan isterinya.

Sebagai seorang suami dan ketua keluarga, anda seharusnya lebih bijak dalam membuat pilihan serta keputusan. Walaupun orang itu adalah ibu anda tetapi janganlah terlalu menangkan si ibu sehingga hati isteri terluka. Anda seorang suami, dan tanggungjawab anda sepenuhnya terhadap isteri anda.

Bukan disuruh menjadi anda derhaka atau anak yang tidak taat, tetapi cuba lakukan untuk kebaikan keduanya. Jangan hanya berat sebelah akan ada hati yang terluka kelak.



"Mengutamakan orang tua jangan sampai menganiaya isteri sendiri..."

Tak semua perkara kita sebagai anak perlu angguk kepala dan tunduk patuh kepada bicara dan perintah mereka...jika mereka merasakan sesuatu itu baik untuk mereka, tak semestinya sesuatu itu akan baik untuk kita juga...dan jika mereka merasakan sesuatu itu tidak baik untuk mereka, tidak semestinya ianya juga tidak baik untuk kita...

Contohnya, kita dah pun beristeri tapi mertua berselisih faham dengan isteri kita, dia tak suka isteri kita sebab itu bukan pilihannya...maka dia cari orang lain, dia suruh kita kawin dengan prempuan tu...so, kita nak terus ikut? nak kawin dengan pompuan pilihan keluarga tu? apa kesudahan dan pengakhiran untuk isteri kita?

Adakah kita rasa sesuatu yang baik untuk mereka akan baik untuk kita juga?

Kita nak tinggalkan isteri pilihan kita tu, cinta kita tu, yang dah bersusah payah dengan kita tu semata-mata untuk memuaskan kemahuan keluarga?

Same goes to if kita decide nak duduk asing, taknak duduk skali orang tua...ianya bukan sebab kita terlalu mengikut cakap si isteri, tapi ianya merupakan salah satu daripada nafkah seorang suami kepada seorang isteri, iaitu menyediakan tempat tinggal yang selesa, yang boleh menjaga aurat isteri daripada pandangan ajnabi lain...tak semestinya kita kena cari rumah sampai berlainan negeri, berlainan negara, cukup sekadar sekampung atau taman sebelah daripada rumah orang tua kita...kalau dpt betol-betol sebelah rumah orang tua kita lagi ok, asalkan bukan duduk skali...

Kita still boleh buat tugas-tugas seorang anak, orang tua kita tinggal dalam lingkungan 10-20 minit ja dari rumah kita...isteri pun selesa dirumah yang kita tempatkan dia...win-win situation right?

Halatuju rumahtangga kita, kita yang tentukan sendiri...kita nakhoda kepada kapal kita...jangan biar orang lain yang kawal arah ke mana kapal kita harus berlayar...

Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab, yang ada pendirian, yang tahu apa yang kita buat...jangan smpai syurga yang kita cari, tapi neraka yang kita dapat...

Nauzubillah min zalik...mohon dijauhkan...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen