"Bukan Sekadar Pentingkan Straight A Sahaja, Tapi 5 Kemahiran Diri Ini Perlu Ada Dalam Diri Anak-Anak" Kongsi Ibu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka terutama dalam kecemerlangan akademik. Sudah tentulah mak ayah akan terasa bangga apabila anak-anaknya berjaya mengumpul straight A dalam kesemua subjek yang diambilnya.

Namun begitu, kecemerlangan akademik ini perlulah seiring dengan kemahiran diri anak-anak. Seperti yang dikongsikan Dr. Norzila Zakaria, beliau merasakan setiap ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan kemahiran diri.

Jom ikuti perkongsiannya ini.



Hebatkah anda bila anak dapat straight A?

Anda mengaku ibu bapa hebat?

Selagi tidak ajar anak 5 perkara ini kita tangguhkan dulu dari mengaku sebagai ibu bapa hebat.

Anda mengaku guru yang hebat?

Selagi belum ajar anak murid 5 perkara ini, tangguhkan dulu mengaku sebagai guru yang hebat.

Anda mengaku sekolah anda hebat?

Selagi pelajar di sekolah belum terbukti mempunyai 5 perkara ini tangguhkan dulu mengaku sekolah anda hebat.
Inilah kemahiran hidup:

1. kemahiran komunikasi yang berkesan

2. kemahiran membuat keputusan

3. Kemahiran menetapkan matlamat (goal setting)

4. Kemahiran menyelesaikan konflik

5. Kemahiran meminta bantuan

Sebenarnya semalam saya meneliti beberapa bahan bacaan dari internet dan merumuskan perkara di atas.....Gimik je tajuk di atas ni. Tapi apa yang saya baca memang sangat bertepatan.



Jika anak-anak kita tidak ada lima-lima kemahiran ini, kita akan lihat banyak masalah timbul. Sekarang zaman 'texting', kitasudah tidak berkomunikasi dengan baik. duduk dalam bilik bersebelahan pun main text saja, malas nak bercakap. Lama-lama tidak pandai bercakap dengan baik, sopan santun hilang, riak muka meraikan perasaan orang lain juga tiada..

Itu lah padahnya bila selalu sangat guna emoji. Nak apply di muka sendiri dah tidak tahu.

Percayalah jika lima kemahiran ini kira ajarkan kepada anak-anak kita, dan anak-anak murid kita, jika mereka tercicir dalam pelajaran mereka tetap bijak mencari kehidupan, dapat berkomunikasi dengan baik dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Walau pintar dan hebat dalam pelajaran namun jika tiada 5 kemahiran ini, lihat sajalah bagaimana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik ketika temuduga.

Pengalaman menemuduga pelajar untuk masuk ke universiti saja telah memberikan saya bukti bahawa ada pelajar yang sangat cemerlang akademik, namun tiada kebolehan berkomunikasi yang baik dan kurang 5 kemahiran hidup ini.

Mari kita sama-sama menjadikan kemahiran hidup sebagai agenda utama pendidikan anak-anak selain tuntutan pendidikan agama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen