5 Tanggung Jawab Suami Terhadap Isteri Sebelum Melahirkan Anak.

Selain mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga, si suami juga perlu menjaga emosi isteri dengan memahami isi hati mereka. Terutamanya apabila si isteri sedang hamil. Si suami perlu mengetahui bahawa ilmu keibubapaan sangat penting supaya dapat membuat persediaan ketika isteri dalam keadaan hamil.

Ketika isteri hamil, si suami bukan sepatutnya melayan emosi dikala jiwanya kekosongan.

Tetapi suami perlu sedar bahawa pengorbanan isteri yang sangat besar disaat hamil 9 bulan. Isilah kekosongan jiwa dengan memahami si isteri dengan 5 tanggung jawab ini…

1. Memahami psikologi dan fizikal isteri.

Isteri yang sedang hamil, mengalami banyak simptom yang tidak diketahui oleh suami. Perubahan bentuk dan berat badan yang drastik seperti:

  • Badan yang mengembang.
  • Kaki membengkak.
  • Wajah membengkak.

Kemudian dengan morning sickness, alahan pada makanan yang pasti akan mengejutkan si suami sekiranya tidak membuat persediaan. Maka, pada waktu inilah si suami perlu rajin membaca. Nak tak nak, perlu dengar nasihat doktor dan mencari bahan bacaan tentang isteri hamil.

2. Memastikan keselesaan isteri.

Apabila sudah memahami psikologi dan fizikal isteri, suami perlu memastikan keselesaan si isteri pula. Pada waktu ini, pembawakan budak membuatkan isteri menjadi terlebih emosi. Jadi, fahamilah keadaan mereka untuk menjadikan lebih selesa.

Kemungkinan isteri akan menjadi lebih berpeluh, jadi bantu untuk membasuh cadar tilam, bantal dan sebagainya untuk menjaga kebersihan, dan selain itu:

  • Memberi isteri yang tidur secukupnya.
  • Mengetahui pakaian yang selesa buat isteri.
  • Tahu menjaga aurat isteri ketika mengandung.
  • Membuat aktiviti yang selesa pada isteri.

3. Mendampingi isteri.

Pada waktu inilah, isteri amat memerlukan suami disisi. Lupakan sementara untuk meluangkan masa bersama rakan sehingga lewat malam, bermain futsal, badminton dan sebagainya. Dampingi isteri, sekiranya isteri memerlukan anda.

  • Mengurut badan isteri.
  • Menyuapkan isteri makanan.
  • Membawa isteri berjalan-jalan.
  • Menonton rancangan kegemaran isteri bersama-sama.
  • Mandikan isteri.

4. Sentiasa mendoakan isteri dan kandungan.

Sebagai Muslim juga, sentiasa melaksanakan solat 5 waktu dan berdoa bersungguh-sungguh. Sekiranya amanah Allah ini anda dapat jaga dengan mudah, mudah juga rezeki mengalir dalam hidup si suami. Jangan berhenti berdoa, berdoa dimana sahaja anda berada.

5. Memastikan keperluan isteri mencukupi.

Kemudian, suami juga perlu memastikan keperluan isteri mencukupi, jangan biarkan isteri merungut dan berdikari mendapatkan sesuatu. Sekiranya suami terlalu biasa dan membiarkan isteri berdikari, perkara ini akan diungkit pada suatu hari nanti. Jadi, untuk mengelakkan situasi sebegitu, jadilah ketua keluarga yang sebenar untuk isteri dengan memberi mereka nafkah secukupnya dan termampu.

Dalam perkahwinan itu memerlukan pengorbanan.

Si isteri berkorban untuk bertarung nyawa ketika hamil.

Suami juga perlu berkorban masa dan tenaga untuk isteri yang sedang hamil.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen