Cekap Lakukan 6 Perkara Ini, Pasti Anda Jadi Isteri Yang Disayangi Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana isteri perlu bijak untuk mengambil hati suami. Jangan biarkan sikap anda yang sambil lewa itu membuat hubungan suami isteri tidak seindah baru-baru berkahwin. Ini kerana, kadang kala sikap yang kurang ambil tahu dan menjaga hati pasangan adalah punca mengapa hubungan yang dibina itu renggang.

Sebagai isteri, cuba lakukan 6 tips ini untuk memiliki hati suami anda. Bahkan suami anda juga akan sentiasa senang hati untuk pulang ke rumah dengan lebih awal dari sangkaan anda.



1. Rajinkan diri memasak untuk suami.

Sekalipun anda bukan kaki masak dan tiada kemahiran memasak, namun anda tetap kena memasak untuk suami walaupun masakan yang mudah seperti ikan goreng dan sayur campur. Pada masa yang sama, anda boleh belajar masakkan yang lain memlalui youtube, atau ibu mertua anda. Ini kerana, ramai orang tua-tua kata pikat hati suami bermula dengan perut mereka.

2. Pastikan rumah sentiasa bersih.

Apabila suami penat balik dari kerja, dia pasti mahu berehat dalam keadaan rumah yang selesa dan bersih. Jadi jangan bairkan rumah anda bersepah dan sakit mata memandang. Tetapi jika anda berkerja, pastikan berbincang baik dengan suami agar dirinya boleh memahami keadaan anda.

3. Jangan membebel.

Biasanya kaum lelaki ini kurang selesa apabila wanita suka sangat membebel. Lebih-lebih lagi apabila dirinya baru pulang kerja dan masih dalam keadaan yang memenantkan. Cuba beri suami sedikit masa rehat dan tenangkan fikirkan sebelum anda mulakan bebelan anda.

4. Sediakan air minuman sebaik suami pulang ke rumah.

Saat suami tiba di rumah, jangan tanya dia pelbagai soalan yang tidak menyenangkan dirinya. Sebaliknya sediakan air minuman yang mampu melegakan rasa penatnya walaupun ianya sekadar air kosong sahaja. Pasti suami anda akan rasa lebih dihargai.

5. Urut sedikit badannya.

Biasanya apabila pulang dari kerja, suami akan berasa lebih penat. Jadi ambil masa beberapa minit untuk berikan urutan pada bahu atau lengannya agar ia dapat melegakan sedikit rasa penatnya. Begitu juga sebelum anda tidur, urutan sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.

6. Jadi pendengar yang setia.

Sentiasa tumpukan perhatian apabila suami mahu berkongsi masalah di tempat kerja atau apa-apa sahaja cerita. Walaupun anda kurang berminat dengan topik tersebut, tetapi tetap sahaja anda perlu berikan tumpuan. Dengan ini barulah dirinya rasa anda sentiasa bersamanya.

Jika anda seorang isteri yang mempunyai kerjaya, pasti akan akan sentiasa sibuk dan kadang kala tidak sempat untuk melakukan semua ini. Tetapi itu bukan alasan untuk anda tidak melakukannya. Tidak salah sekiranya anda melakukan perkara-perkara ini pada waktu hujung minggu dan ketika anda tidak penat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen