"Sudah Teruk Dipukul Suami, Tetapi Ibu Mertuanya Masih Merayu Agar Jangan Bercerai Dengan Anaknya Gara-Gara Takut Anak Lelakinya Tiada Siapa Yang Menanggung" Ikuti Kisah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penceraian itu mungkin bukan satu perkara yang elok dalam rumahtangga, tetapi pasti ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan seseorang wanita itu mengambil keputusan sedemikian. Tiada satu wanita di dunia ini mahu melalui detik sukar berdepan dengan saat penceraian tetapi jika sebuah perkahwinan itu hanya mendatangkan kemudaratan pada diri, ini adalah jalan terbaik.

Membaca kisah yang dikongsikan oleh Peguam Syariah ini, Roslina Sabiyah & Co, pasti akan membangkitkan rasa marah, sakit hati, kecewa bahkan geram terhadap apa yang berlaku kepada wanita ini. Sudah dipukul oleh suaminya dengan teruk tetapi ibu mertuanya masih membela anaknya sehingga merayu meminta menantunya itu jangan meminta cerai dari anaknya itu gara-gara pentingkan diri sendiri.



Geram. Sakit hati. Kecewa.

Mata menantu tu dah lebam anak kau kerjakan pun kau masih merayu menantu jangan mintak cerai dari anak kau. Ibu apalah kau ni. Pentingkan diri sendiri! Patutnya tolonglah nasihatkan anak sendiri supaya berubah dan belajar dari kesilapan.. ini tidak!

Anak lelaki tu dahlah malas nak bekerja. Nak kerja yang senang je. Tak sampai sebulan dah berhenti. Begitulah berulang-ulang. Sudahnya isteri yang menanggung suami. Kalau sedar diri tak apa juga. Isteri pulak dimaki, ditumbuk, diterajang, dihambur kata-kata kesat. Itupun mak mertua masih membela anaknya. Jangan mintak cerai.. tak baik katanya.

Alasannya.. kalau menantu tu mintak cerai.. nanti anak lelaki dia siapa yang nak tanggung? Mak tersepit sekarang ni.. katanya meraih simpati menantu. Nanti mak jugak yang kena tanggung dia.. haih patutnya anak yang tanggung emak ini dah terbalik pulak.. memang sah anak yang dimanjakan sampai ‘spoil’ jadinya..

Ini bukan drama tapi kisah benar.

Betul lah.. suami yang baik dan bertanggungjawab itu dilahirkan oleh didikan seorang ibu yang baik dan sempurna. Jika sebaliknya, mungkin ada didikan yang terkurang di mana-mana. Kalau dari kecil dah diajar.. anak lelaki tak boleh buat itu.. tak boleh buat ini.. itu kerja orang perempuan.. jangan pelik kalau lepas kahwin pun dia tak pandai nak tolong isteri untuk buat kerja-kerja rumah tu semua.

Bukan salah ibu mengandung. Betul. Kadang-kadang seorang ibu dah bagi didikan yang sempurna tapi lelaki tu sendiri yang tak nak buat sebab keras kepala dan ego. Kalau yang macam tu kita boleh faham lagi. Tapi yang tak boleh nak brain tu.. bila ibu tu sendiri yang cakap..

“Eh.. dulu mak pun tak pernah ajar kau buat kerja-kerja dapur basuh pinggan ni bagai.. sekarang pandai pulak kau buat. Bini kau queen control ke?”

Benarlah kata pepatah.. mendidik lelaki umpama mendidik individu tetapi mendidik wanita umpama mendidik generasi. Rosak wanita rosaklah generasi. Betapa besarnya peranan wanita dalam pembinaan keluarga yang sempurna.

Instead nak salahkan 100% lelaki yang tak bertanggungjawab cuba tanya diri kita balik. Eh aku dah didik ke anak-anak lelaki aku supaya belajar bertanggungjawab sejak dari kecil lagi? Ajar dia basuh pinggan sendiri, tolong lipat kain, kemas rumah dan pandai jadi imam kepada adik-beradik perempuan dia yang lain? Kita tak boleh nak betulkan suami sebab dia ada egonya sendiri, tapi kita masih tak terlambat nak betulkan anak-anak lelaki kita sementara dia masih boleh dilentur lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen