Doktor Ini Kongsikan, Adab-Adab Untuk Menjawab Soalan Apabila Ditanya Di Klinik. Jangan Jawab Ikut Perasaan Ya!

Setiap kali kita ke hospital atau ke klinik, pasti diajukan soalan yang agak menjengkelkan sama ada oleh jururawat mahupun doktor juga. Kebiasaannya sebelum ke klinik, kesakitan yang ditanggung usah ditanya, tetapi apabila sedang berjumpa dengan doktor ‘Eh, tak sakit pulak..’

Namun, sekiranya doktor mengajukan beberapa soalan ini, janganlah terlalu ikut perasaan apatah lagi menjawab seperti mencari gaduh. Ikuti adab-adab untuk memberi jawapan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini..

********

JIKA DOKTOR TANYA DAH BERAPA LAMA KALIAN SAKIT, TAK USAH JAWAB BEGINI:

1. "Sejak balik umrah hari tu."

Doktor tak tahu bila awak pergi umrah, dan bila kalian balik umrah. Kalau haji, boleh juga agak.

2. "Lepas lahir anak kedua."

Doktor tak kenal pun anak kedua kalian, jauh sekali tahu doktor bila anak kalian tu lahir.

3. "Dah lamaaaaa dah."

Lama tu sesuatu yang subjektif. Ada orang rasa 2-3 hari tu lama, ada pula rasa setahun tu baru lama.

4. "Cuba tengok dalam rekod."

Ya, ada dalam rekod, tapi doktor nak tahu sama ada apa yang kalian cakap tu selari tak dengan rekod.

Doktor tanya tentang durasi(tempoh) sakit untuk anggar penyakit itu akut atau kronik, fasa penyakit, atau keparahan penyakit.

Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, dan paling baik jika boleh beri masa dan tarikh.

JIKA DOKTOR TANYA BERAPA KALI KALIAN MUNTAH/CIRIT, TAK USAH JAWAB BEGINI:

1. "Setiap kali makan atau minum."

Doktor tak tahu berapa kali kalian makan dan minum sepanjang hari tu.

2. "Banyak kali dah."

Banyak tu sesuatu yang subjektif. 5 kali pun banyak, 10 kali pun banyak, malah 100 kali pun banyak.

3. "Tak terkira."

Doktor tak tahu sampai nombor berapa kakian pandai kira. Jika tak kira, anggaran pun boleh.

4. "Sampai tak larat dah ni."

Setiap orang berbeza tahap ketahanan. Ada orang kata tak larat, tapi ke klinik siap bersolek bagai.

Doktor tanya tentang kekerapan untuk anggar keparahan penyakit, keperluan beri rawatan lanjut, keperluan buat rujukan hospital, dsb.

Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: 2 kali, 5 kali, 10 kali. Lebih elok jika jawab dengan format "5 kali dalam masa 24 jam."

JIKA DOKTOR TANYA "APA KHABAR?", TAK USAH JAWAB BEGINI:

1. "Tak baik. Kalau baik, tak datang sini."

Jika tak sihat. Beritahu terus khabar tak baik itu apa. Sakit apa, masalah apa, dsb.

2. "Saya rasa saya kena epididymitis lah."

Diagnos penyakit ni kerja doktor. Kerja awak beritahu simptom apa, melainkan awak nak beritahu penyakit yang awak sedia ada (yang didiagnos doktor).

3. "Pagi tadi saya tak larat pergi kerja."

Kalau ya pun nak MC, tak usahlah terang-terangan dan gopoh sangat. Rileks, kalau layak doktor beri.

4. "Saya rasa tak sihat."

Rasa tak sihat tu bagaimana? Lemah? Demam? Lenguh otot? Pening? Gigil?

Tak semua orang ke klinik kerana tak sihat. Ada datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk lesen memandu/penempatan kerja, pengesahan kehamilan, dsb.

Soalan itu hendaklah dijawab dengan memberitahu simptom: sakit kepala, muntah, batuk, selsema, atau sebab-sebab lain seperti vaksinasi, dsb.

Ingat! Lebih objektif anda jawab, lebih sedikit soalan doktor, lebih tepat dan cepat konsultasi.

OK! Semoga bermanfaat! Follow saya untuk dapatkan nota kesihatan yang santai!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Doktor Komuniti Anda!

********

Semoga Bermanfaat Untuk Digunakan Ketika Mendapatkan Rawatan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen