Bulan Puasa Hampir Tiba, Nak Didik Si Kecil Anak Berpuasa. Mungkin Boleh Cuba Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan puasa tinggal beberapa hari akan menjelang tiba. Semua umat Islam wajib menunaikan ibadah ini selama sebulan. Sudah tentu pad ketika ini, masing-masing sibuk melakukan persiapan akan kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Tidak ketinggalan juga, anak-anak kecil kita yang pastinya begitu teruja akan kedatangan bulan ini.

Setiap ibu bapa pastinya mengalu-alukan anak-anak mereka untuk cuba berpuasa. Bukan itu sahaja, kebanyakan ibu bapa akan gunakan bulan ini sebagai satu langkah awal untuk mendidik anak berpuasa. Setiap ibu bapa pasti akan ada rancangan yang tersendiri untuk menyuntik semangat berpuasa dalam diri anak-anak ini.

Di sini, terdapat beberapa tips yang ibu bapa boleh guna di mana ia akan membantu mempersiapkan mental kanak-kanak untuk berpuasa buat pertama kalinya.



1. Biasakan diri dengan bulan puasa.

Sebelum kedatangan bulan puasa, ibu bapa perlu mula memberitahu anak-anak mengenai bulan ini. Sebagai contoh, mula berkongsi cerita dengan mereka bagaimana Muslim berpuasa, mengapa, dan apa yang perlu dilakukan pada bulan puasa nanti. Ini adalah supaya si kecil anda tidak terkejut apabila kehadiran bulan puasa ini. Malah mental mereka juga akan matang kerana anda telah mendidik mereka terlebih dahulu.

2. Berikan teladan dan contoh yang baik pada mereka.

Anda boleh mengamalkan perkara ini sebelum puasa lagi. Di mana anda boleh mengamalkan puasa sunat terlebih dahulu. Terangkan kepada anak-anak akan contoh yang anda sedang lakukan. Apabila tiba masanya, cuba untuk tidak menunjukkan akan kelemahan atau kekurangan semangat kerana keletihan berpuasa. Anak anda akan melihat bahawa bapanya boleh menjalankan aktiviti seperti biasa walaupun dia lapar dan dahaga.

3. Atur cara yang betul mengikut kesesuaian umur mereka.

Bila umur yang sesuai untuk anak-anak belajar untuk berpuasa ini adalah bergantung pada kesediaan fizikal dan mental mereka. Pasti anda sebagai ibu bapa akan lebih memahami anak-anak anda. Umur yang disarankan adalah sekitar umur 5 tahun ataupun 6 tahun.

Ini kerana, kanak-kanak ini biasa sudah diberi ajar oleh guru-guru mereka mengenai berpusa, jadi mereka ini akan mmepunyai mental dan fizikal yang lebih terlatih. Anda boleh cuba melatihnya dengan berpuasa selama 2-3jam sehari. Selepas itu, jika dirinya dapat mengikuti cuba untuk meningkatkan kadar jam setiap hari sehingga anak-anak anda mampu berpuasa penuh dengan baik.

4. Ganjaran.

Biasanya anak-anak akan lebih tertarik jika ibu bapa mereka meletakkan sesuatu ganjaran kepada setiap perbuatan mereka. Ganjaran ini diberikan sebagai bukti kasih sayang dan galakan untuk kanak-kanak berpuasa. Tapi itu semua bergantung kepada penjanjaian antara anda dan juga anak anda.

5. Perhatikan nutrisi serta batasi gerak geri anak-anak.

Apabila anak anda sudah mula belajar berpuasa, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pengambilan nutrisi dalam makanan hariannya. Jika anak anda seperti tidak mampu untuk menghabiskan puasanya pada hari tersebut, jangan takut untuk memberhentikan puasanya. Ini kerana, ia adalah latihan dan didikan sahaja. Jangan lupa juga, apabila anak sudah mula berpuasa anda perlu perhatikan setiap langkahnya. Takut jika dirinya terlalu aktif akan membuatkan dirinya lebih cepat menghabiskan tenaga.

Mengajar anak-anak untuk belajar berpuasa ini tidak mudah, tetapi sebagai ibu bapa anda tidak boleh mengalah dan perlu ambil langkah yang betul. Apa yang penting adalah sentiasa berikan contoh yang terbaik dan juga sentiasa konsisten.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen