Wahai Suami, Kenali Bahasa Tubuh Isterimu, Jangan Biarkan Sampai Dia Penat Meraih Perhatian Tapi Tak Dipedulikan Hingga Hatinya Jadi Keras.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah bertahun-tahun duduk sebumbung, tetapi masih ramai sahaja suami-suami di luar sana tidak dapat memahami pasangan mereka ini. Selalu gunakan alasan wanita ini sukar untuk difahami dengan sikapnya, bahkan ada juga yang menyatakan bahawa wanita ini terlalu rumit untuk difahami.

Perempuan ini memang tidak mudah untuk difahami, tetapi cuba baca perkongsian dari Puan Farizal Radzali ini sememangnya adalah perkara-perkara yang ada dalam hati seorang perempuan.



BAHASA SEORANG PEREMPUAN

Buat lelaki yang bergelar suami.

Perempuan ni banyak cakap tapi masih tak difahami samada dia cakap direct mahupun berkias.

Bila dia selama ni suka bercakap, tiba-tiba dia diam. Maknanya dia penat, tak sihat, berkecil hati dengan kamu atau dia sedang dilanda masalah.

Bila dia dilihat pelik dari perlakuan biasa, tanyalah dia. Kalau dia kata takde apa tanpa pandang kamu macam selalu, maknanya ada sesuatu yang dia mahu kamu tahu. Carilah apa dia.



Saat dia bergermbira.

Bila dia dilihat baik lain macam, maknanya hatinya sedang gembira atau dia mahu sesuatu dari kamu.

Bila dia taknak bercakap atau pandang kamu, maknanya dia sedang merajuk & minta dipujuk.

Bila dia kerap senyum manis sorang-sorang, dan dia kata takde apa apabila ditanya, maknanya dah ada orang lain yang menggembirakan hatinya selain kamu. Kamu perlu ambil tahu.

Bila dia mudah nak marah-marah pada anak-anaknya, maknanya dia marahkan kamu.

Bila kamu kata nak pergi ke satu tempat yang kamu tahu dia tak suka, dan dia kata pergilah tanpa pandang kamu, maknanya dia tak bagi kamu pergi.

Kalau dia halau kamu dikala sedang marah, maknanya dia tak mahu kamu pergi. Maka, peluklah dia.

Kalau dia suruh kamu tunggu, maknanya dia memang mahu kamu tunggu bersamanya.

Bila dia masak nasi goreng 4 kali seminggu, itu maknanya dia dah takde idea menu nak masak. Maka bagilah idea.

Bila dia kata dia malas nak masak, maknanya dia nak suruh beli atau ajaklah dia makan kat luar.

Bila dia kata dia penat, maknanya dia memang penat.

Bila dia kata dia tak sihat, maknanya dia dah lama tak sihat cuma sekarang dia makin tak sihat & perlukan rehat.

Bila selama ini dia selalu bertanya kamu itu ini & kamu jawab acuh tak acuh, sampai satu masa dia tak bertanya mahupun ambil peduli apa kamu buat, ke mana kamu pergi, maknanya dia dah penat ambil tahu sedangkan kamu tak pernah ikhlas menjawab soalannya seolah dia menyibuk hal kamu.

Diam ada makna.

Ada satu masa, dia taknak bercakap, dia taknak pandang kamu, dia bermuram muka, kamu bertanya & dia taknak jawab apapun, maka fahamilah fikirannya sedang berkecamuk, marah, sedih, penat, runsing. Maka jangan ganggu dia, bukan tinggalkan dia, tapi bantulah dia. Buatlah kerjanya, jagalah anak-anak, biarkan dia berehat, jangan tanya banyak.

Jangan pelik bila dia kata dia penat tapi masih bersemangat bila diajak shoping, masih sakan buat kerja rumah, masih rajin memasak sampai kamu kata 'kata penat, ajak shoping nak pulak?'. Sebab perempuan tak sama macam lelaki yang tidur bila penat, tidur bila sakit waima selsema je pun, tidur bila ada masalah, tidur bila sedih, tidur bila runsing. Ketahuilah bahawa perempuan tak boleh setel semua perkara dengan tidur, cara dia setel ialah dia akan lakukan perkara yang dia suka. Maka, temanilah dia.

Ada masa, dia mudah marah, maka kamu diamlah.
Ada masa, dia nak bermanja, maka kamu layanlah.
Ada masa dia rasa dia cantik, maka kamu pujilah.
Ada masa, dia nak menangis, maka hulurkan bahu untuknya bersandar.

Bila dia tiba-tiba nak tengok hp kamu, bila tiba-tiba dia tanya samada kamu suka kat perempuan lain, bila pertanyaan dia buat hati kamu kecut, hati kamu cuak, ketahuilah bahawa dia sedang menduga kamu. Tak perlulah kamu gelabah atau naik marah sebab itu akan buat rahsia kamu terbongkar. Perempuan ada naluri yang kuat dari lelaki, itu anugerah Allah. Tak perlu nafikan.

Fahami bahasa mereka.

Selagi dia masih menunjukkan bahasa tubuhnya kepada kamu, maknanya dia masih mahukan perhatian kamu. Jangan biarkan sampai dia penat meraih perhatian tapi tak dipedulikan. Hingga sampai satu waktu, hatinya jadi keras, tak dapat dilembuntukan lagi. Waktu itu, kamu janganlah merayu, kerana waktu untuk kamu telah tamat, bukan kerana egonya, tapi kerana dia dah penat dengan ego kamu.

TOLONG FAHAM.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen