Mudah Terjaga Ketika Tidur Di Malam Hari, Mungkin Ini Antara Penyebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang pernah apabila sedang orang lain lena dibuai mimpi indah dirinya terjaga pada tengah malam. Bahkan perkara itu adalah perkara biasa baginya. Menurut The Sleep Diet, Jose Colon, MD menyatakan bahawa bangun tidur pada waktu adalah perkara biasa bagi manusia. Namun begitu pasti ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan anda bangun pada tengah malam dengan tiba-tiba.

Tidak kisahlah sama ada anda terus berjaga selepas terbangun malam ataupun mampu sambung tidur semula. Pasti anda ingin tahu mengapa anda kerap bangun malam terutama dengan cuaca yang agak panas sejak akhir-akhir ini.



Berikut adalah sebab-sebabnya.

1. Hendak membuang air kecil.

Salah satu sebab mengapa anda suka bangun pada lewat malam adalah kerana anda hendak membuang air kecil. Sekiranya anda sering kali berdepan dengan perkara ini, ada yang mencadangkan agar meminum air kosong yang bercampur dengan garam 30 minit sebelum tidur.

2. Suhu bilik yang agak panas atau terlalu sejuk.

Apabila tidur di dalam bilik dengan suhu yang terlalu panas atau sejuk, awak akan bangun dari tidur anda. Ini kerana suhu badan berubah mengikut suhu bilik.

3. Mengalami tekanan.

Tekanan adalah perkara biasa bagi semua orang. Lebih buruk lagi, tekanan yang anda alami boleh menjejaskan keadaan tidur anda. Apabila tidur fikiran anda hanyut di suatu tempat, kerana memikirkan kerja, pencinta, atau pun tugasan pembelajaran anda yang telah terkumpul tetapi masih belum diselesaikan. Masa tidur sepatutnya menjadi rehat malam, tetapi malangnya, anda berasa cemas yang membuat anda sering bangun pada waktu malam. Sekiranya ia berterusan, ini akan menyebabkan insomnia.

4. Gaya hidup tidak sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat memberi kesan kepada kualiti tidur anda, seperti ubat, alkohol, tidur lewat malam, dan penggunaan kafein yang berlebihan. Oleh itu, cubalah mengubah gaya hidup anda dengan menggunakan tabiat tidur yang sihat dan mengekalkan jadual tidur yang teratur, sehingga kemudian akan menjadi kebiasaan bangun dan tidur pada masa yang sama. Di samping itu, berhenti meminum alkohol dan membatasi kafein, dan mewujudkan suasana bilik tidur yang tenang dan sejuk. Penyelesaian akhir, matikan televisyen dan telefon bimbit sejam sebelum tidur. Ini dapat membantu anda tidur dengan lebih baik dan tidak terganggu dengan mudah semasa tidur.

5. Perubahan hormon.

Apabila berlakunya perubahan hormon juga boleh menjejaskan kualiti tidur anda, contohnya semasa anda menstruasi, atau ketika anda hamil. Ini adalah semua sumber utama masalah tidur di kalangan wanita.

Ini adalah sebab-sebab biasa yang menyebabkan anda kerap bangun pada lewat malam. Tetapi jika ingin tahu sebab-sebab lain, anda perlu dapatkan rawatan dari pihak yang lebih pakar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen