"Dalam Islam Apabila Anak Lelaki Meninggal, Keluarga Mertua Perlu Menanggung Isteri Dan Cucu-Cucu Mereka." Ikuti Kisah Yang Penuh Pengajaran Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berlaku kematian, selalunya orang akan berebut-rebut membincangkan pasal harta si mati. Waris-waris terdekat lah yang paling utama. Nak tahu ada atau tidak harta yang mereka boleh miliki. Itulah yang kerap kali berlaku dalam masyarakat kita. Tapi kita sedar perbuatan itu telah menganiaya anak-anak dan isteri si mati.

Macam biasa masyarakat kita ini, bila dalam menuntut hak nama agama akan keluar. Tapi bila suruh bertanggungjawab lupa pula mengenai agama. Mari kita baca kisah yang dikongsikan oleh saudari Fatin Dalila Shamsuddin ini. Semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua.



Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.

Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul2 nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.

Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?

Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan.
Kesihan balu 3 orang anak tu.



Perkembangan terkini..

Menantu makcik ke yang telepon puan tu?

Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?

Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai-pandai. Makcik ikut aje.

Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.

Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.

Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.

RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.

Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.

RM800 sewa rumah.

RM400 bayar kereta

RM900 makan 3 cucu

RM200 perubatan cucu

RM300 jalan-jalan sebulan

RM400 untuk sekolah cucu

Jumlah RM3000

Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu-cucu adalah tanggungan keluarga lelaki tu.

Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.

Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.

Treetttttttttt.

Makcik

Makcik

Makcik

Dah putus pulak talian ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen