Bila Badan Kurang Vitamin Akan Terjadi 9 Perkara Ini, Jom Lihat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesihatan tubuh badan tersangatlah penting untuk melaksanakan rutian harian yang cergas. Untuk sentiasa cergas, sihat dan bertenaga pengambilan makanan yang seimbang serta dipenuhi nutrien adalah sangat penting. Kesibukan kerja kadang kala membuat kita lali untuk menjaga tubuh badan dengan baik serta badan juga tidak diberikan nutrien dan vitamin yang secukupnya.

Sebab itulah timbulnya rasa lesu, malas serta tidak bermaya untuk melaksanakan tugas harian walaupun selepas mendapat tenaga dari makanan yang diambil.

Untuk seseorang yang mementingkan kesihatan dan tubuh badan, anda perlu tahu terdapat beberapa tanda yang menyatakan bahawa anda kekuranga vitamin dalam tubuh.



Tanda anda kekurangan vitamin

1. Rapuh

Banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya rambut dan kuku yang rapuh. Salah satunya kerana kekurangan vitamin B7, atau turut dikenali sebagai biotin – membantu badan menukar makanan kepada tenaga. Ia jarang berlaku, tetapi apabila ia berlaku, akan menyebabkan rambut dan kuku menjadi rapuh, menipis, pecah – antara simptom paling ketara.

2. Terbakar

Apabila anda kerap merasa terbakar pada bahagian kaki atau lidah, ini merupakan simptom kekurangan vitamin B12 – berperanan untuk menghasilkan hemoglobin, sebahagian daripada sel darah merah yang membantu sel badan untuk menerima oksigen dan anda mungkin mempunyai masalah berkaitan keseimbangan, pencernaan dan kulit kering.



3. Luka

Luka yang lambat untuk sembuh, mudah mengalami lebam adalah antara tanda anda perlu mempertingkatkan pengambilan vitamin C – yang mempunyai pelbagai manfaat, antaranya berfungsi sebagai anti-radang dan anti-oksidan yang mengurang dan mengehadkan kerosakan pada sel. Kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan pendarahan pada gusi, walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh teknik memberus gigi yang kasar dan salah.

4. Ulser mulut atau tepi mulut pecah

Luka pada bahagian dalam dan sekitar mulut boleh dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi. Ulser mulut boleh berlaku apabila badan kekurangan vitamin B atau zat besi. Bahagian sekitar atau tepi mulut yang pecah atau berdarah boleh disebabkan air liur berlebihan atau dehidrasi. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi.



5. Gangguan penglihatan

Kekurangan nutrien boleh menyebabkan masalah gangguan penglihatan. Sebagai contoh, kekurangan pengambilan vitamin A kebiasaannya dikaitkan dengan masalah penglihatan pada waktu malam – mengurangkan keupayaan individu untuk melihat pada persekitaran kurang pencahayaan atau gelap. Vitamin A diperlukan untuk menghasilkan rhodopsin – pigmen yang terdapat pada retina mata yang membantu anda melihat pada waktu malam. Jika masalah ini tidak dirawat, masalah ini cenderung menyebabkan risiko xerophthalmia – keadaan yang boleh merosakkan kornea dan boleh mengakibatkan kebutaan.

6. Kelemumur, kulit berkerak

Seborrheic dermatitis (SB) dan kelemumur adalah sebahagian daripada kumpulan yang sama dengan masalah gangguan kulit yang mempengaruhi penghasilan minyak pada badan anda. Kedua-dua masalah ini akan mengakibatkan kegatalan, kulit mengelupas. Kelemumur adalah terhad berlaku pada kulit kepala, tetapi SB boleh berlaku pada bahagian muka, atas dada, ketiak dan pangkal paha. Antara faktor yang menyebabkan munculnya masalah ini adalah kerana kekurangan vitamin B3, B2 dan B6.

7. Keletihan

Mengalami keletihan yang berpanjangan, walaupun mendapat tidur yang mencukupi adalah merupakan tanda anda kekurangan vitamin – vitamin B12. Keadaan ini cenderung membawa kepada masalah pernicious anemia, yang turut menyebabkan simptom seperti keletihan, kekeliruan, kurang selera, kulit pucat, cirit birit atau sembelit, kebas pada jari tangan dan jari kaki, serta lidah bengkak dan kemerahan.



8. Sakit otot, tulang, sendi

Kekurangan vitamin D mungkin boleh menyebabkan kesakitan pada tulang, otot dan sendi. Kekurangan vitamin D ini juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian leher, sakit belakang dan kesakitan pada badan secara umumnya.

9. Kadar denyutan jantung

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi cepat dan pantas. Jantung mungkin akan berdenyut laju disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah dalam badan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen