“Tak Pernah Nampak Ada Masalah Atau Bergaduh, Tapi Tiba-Tiba Bercerai..” Ketahui 5 Punca Utama Ini.

Pernah atau tidak kita melihat pasangan yang sudah berkahwin, seperti tiada masalah apa-apa tetapi akhirnya bercerai tidak tahu apa punca sebenar. Bukan sahaja pasangan tersebut yang terkilan dengan keputusan yang telah dibuat, orang disekeliling juga merasakan sayang dengan perhubungan tersebut.

“Tak pernah nampak korang gaduh, kenapa bercerai?”

“Saya tengok awak happy je dengan suami, kenapa boleh bercerai?”

Dan akhirnya jawapan yang diberi…

“Tiada jodoh..”

“Tak perlu orang luar tahu, biarkan kamu berdua je tahu rahsia ini…”

Kemungkinan besar ini adalah punca utama yang terjadi…

1. Jadi orang lain untuk pasangan.

Apabila kita tersilap langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan, kita seolah-olah menjadi orang lain untuk pasangan. Kita mahukan dia gembira dan bahagia seperti pasangan lain yang sudah  berkahwin. Dengan sentiasa membuat perbandingan ini, sehingga terjadi untuk menjadi pasangan tersebut.

“Dia mesti suka, kalau aku jadi macam isteri dot dot dot…”

“Dia mesti suka kalau aku macam suami dot dot dot…”

Akhirnya diri anda menjadi plastik pada dirinya. Situasi ini menyebabkan kita menjadi tidak berpuas hati kerana perlu menjadi orang lain untuk pasangan, tetapi bukan diri sendiri.

2. Hanya menurut kata-kata pasangan seperti pak turut.

Hal ini terjadi apabila kita hanya menurut kata pasangan sahaja. Hal ini juga berkaitan dengan konsep komunikasi satu hala sahaja. Suami kata itu ini, isteri hanya menurut perintah. Memang benar isteri perlu taat pada suami, dengar kata suami, mengelak daripada melakukan apa yang dilarang, akan tetapi ia akan menyebabkan hubungan tidak harmoni.

Isteri kata suami perlu bayar bil itu dan ini. Suami hanya turut. Yelah, suami yang perlu bayar segala nafkah dan perbelanjaan rumah kenapa nak bantah.

Dalam perkahwinan amalkan komunikasi 2 hala. Beri pendapat masing-masing. Jangan takut memberi pendapat!

3. Tidak pernah berbincang tentang kesalahan pasangan.

Pasangan tersebut nampak seperti sempurna kerana masing-masing tidak pernah berbincang tentang kelemahan, keburukan mahupun kekurangan antara satu sama lain. Memang benar, dalam perkahwinan perlu menerima pasangan seadanya.

Menerima kekurangan pasangan seadanya bermaksud, bersama-sama perbaiki kekurangan tersebut, bukannya hanya menutup mata sahaja. Sehingga kalau pasangan panas baran masih lagi mahu menutup mulut dan abaikan sahaja? Ini dinamakan TAKUT dengan realiti.

4. Sentiasa menghindari masalah.

Apabila kita hanya menurut kata-kata pasangan dan tidak pernah mahu berbincang tentang kekurangan pasangan, ini menandakan kita mahu menghindarkan diri daripada masalah. Mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Memang mahu elak daripada konflik agar hubungan nampak sempurna.

Hubungan mana yang tiada masalah? Setiap hubungan sesama manusia memang sentiasa ada masalah, ia bergantung pada diri kita sendiri untuk uruskan masalah tersebut. Jangan lari daripada masalah!

5. Terlalu bersangka baik tentang pasangan.

Kemudian, hal ini pun sering terjadi iaitu terlalu bersangka baik pada pasangan. Bersangka baik dengan pasangan pun salah ke? TERLALU bersangka baik dengan pasangan ialah…

  • Tidak kisah pasangan tidak bagi sentuh telefon langsung sampai bila-bila.
  • Tidak kisah pasangan lepak dengan kawan sehingga lewat malam, balik esok hari pun tak apa.
  • Tidak kisah pasangan bertepuk tampar dengan rakan sekerja.
  • Tidak kisah suami jauh ketika isteri berpantang di rumah emak berminggu-minggu. Langsung tak balik pun tak kisah sebab urusan kerja lagi penting katanya.

Sentiasa berhusnuzon pun berpada-pada lah. Jangan sampai berlaku kejadian yang tidak diingini ya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen