7 Trik Pikat Gadis Melekat Sampai Ke Jinjang Pelamin.

Oleh: Rafi

Malu-malu tetapi mahu, itulah wanita; dalam diam banyak perkara positif yang wanita suka dari lelaki. Apakah anda lelaki sudah melakukannya? Ada yang mengatakan wanita sukar untuk dimengerti, tapi di sisi yang lain wanita paling lembut dan apabila kita tahu cara untuk meluluhkan hatinya sudah tidak ada yang tidak mungkin. Sejauh manakah usaha anda untuk memenangi hati wanita?



1.  Jadilah hero.

Hero ialah hal utama yang wanita suka daripada lelaki, apa maksudnya? Jadilah pahlawan baginya di saat-saat dia jatuh, sedih, bimbang dan sebagainya. Di situ peranan penting anda buat dia terkesima dengan cara berikan solusi terbaik untuknya. Hal lain bela dia ketika ada orang lain cuba melukai hatinya dengan cacatan tidak harus menggunakan kekerasan kerana wanita tidak suka itu, contoh lainnya ketika menyeberangi jalan ambil posisi sebelah kanan dan wanita di kiri menandakan bahawa anda siap berkorban hanya untuk melindunginya.

2. Lelaki perlu sentiasa wangi.

Hal kedua yang tidak kalah pentingnya ini kerap tidak diendahkan oleh lelaki ialah sentiasa wangi ketika di sisinya. Kebiasaan itu kebiasaan yang membuatkan wanita tidak selesa ketika dekat dengan anda kerana bau badan yang tidak sedap. Gunakan haruman yang sesuai untuk anda, wangi dan segar.



3.  Selalulah cipta kejutan.

Wanita suka dengan kejutan dan dikatakan lelaki yang suka membuat kejutan tergolong kategori romantis. Jika ingin berpasangan seharusnya rela berkorban. Sesekali hadiahkan kekasih anda sesuatu yang disukainya. Wanita pasti menyukainya dan senyum lebar apabila menerima kejutan dari yang tersayang.

4.  Berterus terang atau jujur.

Kejujuran masih masuk dalam tip cinta yang paling mujarab dan terbaik. Jangan sesekali berbohong jika memang anda tidak dapat berjumpa dengannya tetapi dalam waktu yang sama anda bertemu dengan teman baik. Jika si dia mendapat tahu pasti merajuk dengan tindakan anda. Adalah lebih baik anda berterus terang dengannya.

5.  Tubuh yang sempurna.

Secara normal lelaki suka dengan wanita yang cantik dalam segi fizikal begitu juga wanita. Namun jangan berkecil hati bagi anda yang mungkin mempunyai kekurangan tersebut . Jika mungkin anda seorang yang agak berisi sebelum ini boleh membuat 'work out' untuk mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan wanita. Mungkin cara ini membuat si dia berpaling pada anda.



6.  Penampilan.

Biarpun anda lelaki, jangan ketinggalan info tentang gaya dan trend untuk lelaki sesuai dengan keperibadian anda tanpa mengubah diri anda yang sebenarnya. Penampilan dapat mencerminkan diri sebenar seorang lelaki.

7.  Rambut perlu kemas.

Gaya rambut juga mempengaruhi penampilan seorang lelaki. Sebaiknya pilih gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda dan tampil kemas. Buat wanita yang tidak pedulikan diri anda, cubalah berubah untuk tampil bergaya dan matang di mata wanita. Mungkin keperibadian anda yang baharu bakal meluluhkan hati si dia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen