“Suami Memang Untuk ‘Disusahkan’…”

Para lelaki yang sudah bergelar suami pasti ramai yang merungut, kenapa sukar untuk menjadi seorang suami?

Kenapa tanggung jawab suami itu besar?

Kenapa lelaki perlu kuat berbanding wanita?

Kenapa lelaki yang banyak dipersalahkan?

Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

Sebelum mahu sentap dan asyik merungut. Cuba bermuhasabah diri. Tanya balik pada diri sendiri anda sendiri..

Mahu bercinta sebab apa?

Mahu memiliki isteri sebab apa?

Mahu berkahwin sebab apa?

Jika semuanya hanya kerana nafsu semata-mata, ubahlah diri anda sendiri dahulu.

Sebab itu dalam memilih jodoh 2 perkara ini yang perlu dilihat dahulu:

Dan sebab itu, idola terbesar untuk menjadi suami yang baik dan hebat adalah daripada Rasulullah SAW. Pesanan Baginda juga banyak untuk para suami dalam rumah tangga termasuklah:

  • Memenuhi keperluan isteri dengan memberi nafkah zahir dan batin.
  • Jadikan isteri sebagai isteri solehah.
  • Menjaga aurat isteri.
  • Menjaga akhlak isteri.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

"Aku berwasiat kepada kamu wahai suami terhadap isteri kamu, untuk kamu berbuat baik kepada mereka. Maksudnya berbuat baik itu bukannya melayan kesemua keinginannya. Tetapi memberikan apa yang telah diaturkan didalam hukum hakam agama islam untuk mereka. Dan ini akan membuahkan kebaikan kepada mereka."

Maka, semuanya perlu dimulakan daripada suami kerana suami itu pemimpin keluarga. Ketua keluarga.

Jadi, sebagai suami memang perlu bersusah payah dalam membangunkan keluarga yang bahagia dan harmoni kerana apa yang suami perlu tahu adalah…

Jika isteri memerlukan pertolongan, suami lah orang pertama yang difikirkan….

Jika isteri mahu meluahkan perasaan, suami yang menjadi orang pertama….

Jika isteri mahu kemana-mana, daripada suamilah untuk meminta keizinan….

Jika isteri dalam kesusahan, suami yang perlu menjadi Superman….

Jika isteri anda sendiri tidak boleh susahkan anda sebagai suami? Jadi, mahu isteri susahkan suami jiran? Suami sahabat? Atau mana-mana suami?

Jangan terlalu mengikut ego diri dan menyatakan…

Isteri perlu hormat suami dulu…

Isteri perlu taat pada suami dulu…

Isteri perlu hargai suami dulu…

Isteri perlu ikut kata suami dulu….

Baru suami boleh berbaik dengan isteri.

Jika ini yang terjadi, sampai bila-bila sukar untuk pasangan suami isteri membina rumah tangga yang bahagia. Pentingnya kerjasama dalam menunaikan hak masing-masing. Suami jangan meraih hormat daripada isteri, kerana sekiranya suami bijak melaksanakan tanggung jawab pada isteri secara tidak langsung isteri akan hormat pada suami.

Begitu juga dengan rezeki, sekiranya suami tahu cara yang betul melayan kerenah isteri, laju sahaja rezeki masuk.

Memang suami yang perlu bersusah-susah dahulu, kemudian barulah mampu bersenang-senang dengan isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen