Suami Tidak Suka Membaca Hal Rumah Tangga? Sepatutnya Isteri Yang Perlu Membantu Suami Suka Membaca Dengan 4 Tips Ini.

Antara pasangan suami isteri, pasti ada sahaja perbezaan yang dapat dikenal pasti setelah berkahwin. Namun, perbezaan itulah kadang-kala membuatkan pasangan suami isteri menjadi saling melengkapi dan serasi.

Antara perbezaan yang ketara adalah, isteri yang suka membaca semua hal remeh temeh termasuklah hal rumah tangga. Akan tetapi, hanya segelintir lelaki sahaja yang mampu membaca hal rumah tangga kerana bagi mereka isu ini tidak penting dan hanya serahkan pada isteri sahaja.

Bahan bacaan yang menarik bagi lelaki adalah bahan bacaan yang ada motif sahaja.

Jadi, para isteri perlu ikuti tips-tips mudah ini sekiranya memberi mana-mana artikel tentang rumah tangga pada suami…

1. Buat sinopsis.

Kebiasaannya, isu dan kisah rumah tangga ini banyak ditulis oleh para wanita. Kemudian penulisan tersebut panjang dan kadang-kala keluar daripada topik yang dibincangkan. Memang itu lumrah wanita, walaupun ketika berbicara.

Golongan wanita dan isteri ini suka berleter, kalau tulis pun nak panjang-panjang sampai boleh buat novel, manalah suami faham. Complicated sangat. Jadi, buatlah sinopsis untuk suami. Sinopsis yang paling ringkas anda boleh buat. Cukup sehelai kertas dimana suami anda boleh membaca.

2. Buat point.

Suami ni malas nak membaca sebab juling matanya melihat karangan yang tiada perenggan apatah lagi tiada nombor atau pun point. Sudahlah panjang berjela, gambar yang menarik pun tiada. Jadi, untuk membuat sinopsis yang lebih kemas, anda digalakkan letak point.

Sebagai contoh, anda nak menulis/berleter di whatsapp, gunakan kaedah ini disamping meletak emoji.

Tips: Ketahuilah para isteri, sekiranya kaedah ini mengambil masa yang lama untuk menulis, lama-kelamaan anda seperti sudah tiada niat untuk berleter apatah lagi marah pada suami.

3. Olah cerita itu menjadi lebih menarik.

Suami malas membaca hal ehwal rumah tangga kerana mereka tahu kisah itu tidak menarik dan tiada unsur positif. Bahkan tiada motif dan tiada kepentingan dalam rumah tangganya sendiri. Untuk menjadi isteri yang bijak, olah cerita tersebut menjadi cerita yang menarik untuk anda kongsikan. Tukarkan ayat-ayat negatif kepada positif supaya suami mendapat pengajaran daripada kisah tersebut.

4. Baca bersama-sama sebelum tidur.

Selain daripada itu, amalkan membaca sebelum kalian berdua tidur. Suami malas membaca mungkin kerana tiada teman untuk baca bersama. Biasalah suami kan baby besar, mesti nak bermanja dengan isterinya sendiri. Ia seolah-olah anda membacakan buku pada anak-anak sebelum tidur.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen