“Betulkan Niat Berkahwin Kerana Allah Dahulu…” –Adam Corrie-

Sebagai manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa, pasti mudah lalai dan terpengaruh dengan hasutan syaitan. Malah, mudah juga terikut-ikut trend masa kini untuk melakukan sesuatu perkara termasuklah dalam perkahwinan.

Orang kahwin, kita pun nak kahwin.

Orang kahwin mewah dan grand, kita pun nak kahwin mewah juga sampai berhutang.

Orang nak ada rumah besar, kita pun nak ada rumah besar.

Orang ada anak ramai, kita pun nak ada anak ramai.

Begitulah sehingga tidak tahu kemana penghujungnya hidup kita sekiranya terlalu asyik membandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Malah, sehingga tidak tahu nak berkahwin sebab apa? Apa yang dicari dalam hidup mereka…

Untuk mempunyai alam rumah tangga yang bahagia dan barakah, betulkan niat untuk berkahwin kerana Allah SWT dahulu seperti perkongsian dari Adam Corrie Lee ini..

*******

Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.

Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.

Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..

Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat.

Jangan biarkan ia suram. .

Cintalah pasangan kita setiap masa kerana-Nya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

Insya Allah hati tenang .

P/s: Saya bukan Ustaz, bukan Pakar motivasi . Saya Artis biasa sahaja.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen