"Jangan Terlalu Sibuk Dengan Kerja Sehingga Tiada Masa Untuk Orang Tua Di Kampung" Sama-Sama Kita Ambil Ikhtibar Dari Kisah Yang Menyentuh Hati Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala kita sebagai anak ini terlalu leka dengan dunia sendiri sehingga lupa bertapa berjasanya ibu ayah kita dalam membesarkan kita. Apabila kita sudah besar dan berjaya, kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap ibu ayah dengan alasan mereka mampu menyara hidup mereka.

Mereka ini bukannya mahukan wang ringgit kita, tetapi mereka mahukan masa bersama-sama dengan kita. Mahu melepaskan rindu mereka terhadap anak-anak yang jauh di mata. Tetapi kita sebagai anak, ingatkan mereka ini sengaja memperlakukan sebegitu.

Semakin kita dewasa, semakin kurang masa kita dengan ibu ayah kita. Tanpa kita sedari bahawa mereka juga semakin dimamah usia, berapa banyak masa yang tinggal untuk kita menatap wajahnya lagi? Tiada siapa yang tahu.

Jangan bila mereka sudah tiada, barulah kita mula ingin mencari dan menyesali setiap perbuatan kita. Hargai saat mereka ada, sentiasa berbakti buat mereka dan pulanglah ke kampung apabila anda masa terluang. Kalau tiada masa, carilah masa untuk mereka.

Mari kita sama-sama ambil ikhtibar dari kisah yang dikongsi oleh saudari Nomie Mat Lias ini.



Balik dari kantin tadi, terserempak dengan staf yang dalam gambar tu.

Terus saya sebak teringatkan berita dari seorang kenalan.

"Kakkkkk..

Mak saya dah takde."



Hiba dan sayu suara Ina dalam telefon.

Saya kenal Ina sejak 2018, tika itu menunggu emak kami sama-sama masuk di wad di Hospital Temerloh.

Sedikit tentang Ina.

Ina lewat 30an, masih single. Ramah Wanita bekerjaya, korporat - Lady Boss. Ibunya pula pesara guru, sekitar 68thn. Ayah telah meninggal dunia. Punya 1 orang Abang & 1 orang adik perempuan.

Abang & adik telah berumahtangga.

Dalam sendu, dia bercerita:-

"Saya tak sangka kak, ingat Mak tak teruk sangat. Rupanya Mak menanggung sakit dia. Abang dan Adik tahu, patutlah diaorang suruh sangat saya ambil cuti.

Saya kesal sangat. Saya memang degil kak. Saya keras hati. Punca dia, saya dulu berkenalan dengan seorang lelaki. Boleh tahan lah rupanya.

Kami berkawan 2-3 tahun, tapi Mak kurang setuju. Bila saya balik rumah, Mak selalu cakap,

Akak, pilih elok-elok bakal suami.

Dengar cakap Mak.

Mak cuma nak Akak gembira."

"Saya merajuk. Saya sibukkan diri dengan kerja, kerna saya tahu Abang & Adik ada di kampung. Saya tak perlu risau nak hulur duit belanja Mak, sebab Mak ada pencen.

Saya teruskan hubungan dengan A. Cumanya yang saya sendiri tak tahan, A ni jenis baran. Mudah naik tangan. Kerja bertukar-tukar. Tak pernah kekal lama di satu-satu syarikat. Macam-macam saya belanja, yang paling besar, minta saya bayarkan deposit kereta dia.

Dalam setahun, rasanya 10x kot saya yang kena bayar installment kereta tu.

Kemuncak yang saya naik hangin, 2016, ada pulak budak pompuan call. Katanya Mira, budak KL. Dia kata A ni tunang dia, nak nikah bulan 6.

Saya memang terkejut sangat!

Saya nekad stop dengan A.

Dan saya fokus pada kerja saja.

Oh kereta A, kena tarik dek bank sebab tak mampu bayor.

Padan muka dia!

Padan muka saya juga. Duit habis membazir. "

Bila Ina fokus kerja, saya memang jarang² balik jumpa Mak. Banyak trip ke luar negara dan mesyuarat sana sini.

"Lagipun Mak seakan merajuk hati dengan saya. Hanya sesekali kami bersembang dalam telefon.

Awal tahun ni, Mak ada call saya. Mak ajak saya balik kg, nak buat tahlil sikit di rumah. Dah lama tak kenduri. "
Saya pun cakap,

"Alah Mak, hantar jela lauk pauk ke Masjid. Tak payah kalut di rumah. Nanti nak kemas umah lagi, nak layan orang lagi. Sape nak buat?!"

Lama Mak diam.

Satu ayat Mak yang masih terngiang-ngiang, lembut bicaranya:-

"Mak tak suruh Akak buat kerja, Mak minta balik saja. Abang, Adik dan sedara mara kita insyaallah ada nak tolong. Diaorang dah setuju.

Takpelah Kak, kalau dapat balik, Akak balik. Tak dapat, tak apa. Mak faham, anak Mak orang besar, sibuk."

Saya tika itu serabut sedang urus satu program besar anjuran syarikat. Jemputan orang-orang besar negara.

Jadi saya abaikan permintaan Mak.

Dalam hati, Iblis berbisik, "Sikit je, tahlil arwah je pun. Bila-bila pun boleh doa".

Dan ya, saya kejam.

Saya pentingkan diri.

Saya tak balik kenduri.

Seingat saya, memang saya takde berhubung dengan Mak selepas itu.

Awal bulan Feb, Adik call, Mak masuk wad.

"Balik lah Kak. Mak sebut nama Akak tu."

Saya balik, tapi hanya sebentar - balik hari. Ada mesyuarat penting esoknya.

Muka Mak tika itu pucat. Kata Adik doktor yang merawat kata Mak lemah sebab tak cukup darah. Tambahan pulak Mak ada menghidapi sakit Lelah.

Saya tak pasti kenapa saya terlalu bodoh hari tu Kak. Saya tinggalkan Mak, walaupun saya nampak Mak memang lemah.

Abang & Adik tak kata apa.

Yelah, mana mungkin diaorang sanggup tahan saya, saya kan sibuk.

Saya tetap dengan kesibukan kerja rutin.

Selepas 2 minggu, waktu itu Mak di rumah. Jam 11malam, Adik call lagi kata,
" Akak, Mak nak cakap dengan akak ni."

Perlahan suara Mak berbisik,
"Akak, jaga diri ya. Jangan lupa balik kampung, tengok Abang & Adik. Tolong diaorang, diaorang susah.
Mak sayang Akak."

Saya terdiam, terasa panas kolam mata.
"Ye Mak, Akak balik. Akak sayang Mak juga"

Saat itu, saya tarik 2-3 helai baju dari almari, terus pecut balik kampung. Sebaik tiba tol Gombak, Abang call.

Saya tergamam, tak berani nak angkat.
Bimbang berita buruk.
"Akak, Mak dah takde. Baru sangat ni. Akak balik ya."

Terputus-putus suara Abang dek kerana sedih.

Innalilahiwainnailaihirojiun.

Saya berhentikan kereta di tepi jalan dan saya menangis sepuas-puasnya.

Masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya :- kecewa, sedih, sayu, sebak, kosong.

Saya gagahkan juga drive balik.

Sampai dirumah, ramai saudara mara berkumpul.

Esoknya, jenazah Mak selamat dikebumikan.

Selepas Mak meninggal, saya terus ambil cuti sebulan untuk tenangkan hati. Saya duduk di rumah Mak seorang diri. Banyak benda yang saya fikir dalam tempoh tu. Saya marah pada diri sendiri kerana terlalu pentingkan diri.

Sekarang, saya akan cari masa untuk balik kampung. Rumah Mak kami sepakat Adik yang jaga dan menetap di situ.
Walaupun saya alhamdullilah ada kerjaya, ada kehidupan, tapi kak, jiwa saya kosong, sekosong kosongnya.

Sepatutnya... dulu, saya bawak Mak jalan-jalan, layan Mak baik-baik.

Sungguh kak, saya menyesal!

Sambil borak, ini antara kata-kata Ina:-

1. Kejar lah impian walau setinggi mana pun, jadilah orang yang berjaya. Tetapi jangan pernah lupa pada mak & ayah kita.

2. Cari masa dan jalan untuk melayan dan gembirakan mak dan ayah.

3. Bila mak dan ayah dah tiada, separuh jiwa seorang anak itu sebenarnya sudah hilang. Saat ini, tiada guba lagi penyesalan. Hanya doa, doa dan doa sebanyak² untuk roh mereka.

Nukilan di hospital,
Nomie Mat Lias
Tepi katil Mak

Benar bagai dikata, untuk belajar erti syukur dan insaf, pergilah ke hospital. Seribu satu kisah ada disini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen