Sebelum Nak Tinggalkan Bini Sebab Nak Kejar Perempuan Lain, Renung 5 Tanda Ini Dahulu.

Isu melepaskan isteri demi wanita lain ini sememangnya isu yang panas. Nak-nak lagi jika orang tersebut dikenali oleh ramai pihak, lagi lah ia menjadi fokus netizen. Yang wanita semuanya tidak puas hati dengan tindakan tersebut, yang si suami penyayang ini pula tidak tahu hendak komen apa dengan tindakan kaum mereka.

Isu-isu sebegini sememangnya memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Tetapi dalam kehangatan isu ini, perkongsian saudara Andy Sulaiman ada banyak benarnya juga. Suami-suami patut tahu jika isteri mereka miliki 5 ciri-ciri ini jangan dilepaskan, takut menyesal kemudian hari.



Kalau isteri ada 5 tanda ini, fikir semasaknya sebelum tinggal mereka.

Kecoh juga hal si Abu tu ceraikan bini dia tu ya? Tak tahu lah apa ada dalam kepala dia.

Nak komen lebih-lebih, karang ada cerita lain pula dari pihak bini dia. Terlebih cerita, jadi bawang pun tak seronok juga

Tapi, sebelum nak tinggalkan bini sebab nak kejar ke perempuan lain, renung 5 tanda ni. Kalau ada pada bini kita, fikir lah semasaknya.

1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.

2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.

3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.

4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.

5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.

Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?

Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.

Anda masih keseorangan?

963,548 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen