Lelaki Ini Nasihat, Tunaikan 5 Tanggung Jawab Ini Dulu, Baru Boleh Tuntut Hak Sebagai Seorang Suami.

Dalam rumah tangga, tanggung jawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan dahulu supaya mahligai yang dibina mencapai Sakinah Mawaddah Wa Rahmah. Akan tetapi, pada masa kini segelintir pasangan seolah-olah mahukan hak sebagai suami atau isteri, tetapi langsung tidak menjalankan tanggung jawab. Oleh kerana itu, sukar untuk merasa bahagia.

Isteri rasa tak puas hati.

Suami rasa tidak dihormati.

Seperti perkongsian dan nasihat daripada saudara Akhtar Syamir ini….

********

Image may contain: one or more people and text

Tanggungjawab dahulu baru hak.

Ada orang tidak laksanakan tanggungjawab tetapi sentiasa menuntut hak.

Ada orang pula, sudah laksanakan tanggungjawab tapi tidak tahu haknya, jadi dia dizalimi.

Antara tanggungjawab seorang suami :-

1. Adil.

Berlaku adil dengan isteri. Perlu seimbangkan kepentingan isteri berbanding orang lain atau perkara lain. Sebagai contoh, antara isteri dan keluarga, antara isteri dan kawan-kawan dan yang selalu diperdebatkan ialah antara isteri dan ibu-bapa.

Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan bermaksud sama rata. Ada yang perlu ditekankan, ada yang perlu diringankan. Jadilah suami, anak dan sahabat yang bijak mengimbang keperluan dan kepentingkan mereka.

2. Memimpin.

Sudah tentunya memimpin isteri ke jalan yang benar. Menunjukkan jalan, memegang tangan dan jika boleh, mendukung isteri untuk berbuat kebaikan dan bukannya kemungkaran.

Jangan pulak memimpin isteri membuat perkara yang tidak baik.

Sama ada mengajar perkara yang jahat atau tidak menegur perkara jahat yang dilakukan isteri seperti menipu dalam jual beli barang dalam talian dan tidak tidak amanah di dalam permainan kutu selepas gilirannya selesai. Suami kena ambil tahu perkara sebegini kerana tempiasnya nanti akan kena pada suami sendiri.

3. Memberi Nafkah.

Nafkah zahir iaitu keperluan isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Dari makannya, pakaiannya dan tempat tinggalnya. Jika anak isteri tidak cukup makan? Itu salah suami. Jika pakaian anak dan isteri tidak mencukupi, itu tanggungjawab suami. Dan jika sesebuah keluarga tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna, suamilah yang perlu lebih berusaha untuk menyediakannya.

Nafkah batin, sentiasa orang ambil yang mana menguntungkan mereka sahaja iaitu seks. Padahal, nafkah batin ini sangat luas. Dari layanan, penjagaan emosi dan rohani serta kepuasan isteri. Ingat, nafkah batin itu untuk isteri, bukannya suami.

Isteri yang perlu diutamakan. Janganlah mementingkan diri. Perlu tahu adakah ianya cukup atau tidak. Jika belum, perlu jalankan tanggungjawab supaya cukup. Harap faham maksud ayat ini.

4. Memberi Pendidikan

Ini sering disalahertikan. Tanggungjawab memberi pendidikan bukan terletak hanya di bahu cikgu sahaja. Segalanya bermula dari rumah. Pendidikan Islam, pendidikan asas kehidupan, cara percakapan, adab pergaulan, yang mana baik, yang mana tidak, semuanya perlu datang dari seorang suami dan bapa.

Kalau seorang isteri itu lantang berkata-kata yang tidak baik, memaki hamun, mencarut sana-sini apabila berbicara, percayalah yang tiadanya didikan yang sempurna di rumah. Tidak kiralah isteri itu umurnya berapa, jika dia tidak dididik, pasti ada yang mempunyai mulut sebegini.

Sama juga dengan anak. Kadang-kala kita mengucap panjang mendengar kanak-kanak kecil bercakap kasar, memaki dan mencarut sesama kawan. Itu semua hasil dari tiadanya orang yang mencegah dan mengajar dia di rumah.

5. Menjadi Pelindung.

Suami wajib menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anak. Sama ada dari segi fizikal iaitu keselamatan di rumah sehinggalah menjadi pelindung dari anasir-anasir jahat yang sentiasa cuba mempengaruhi diri manusia. Jika nampak perubahan dari isteri dan anak-anak, perlulah ambil tahu dan cegah seberapa pantas yang mungkin untuk mengelakkan dari mereka terjebak ke perkara yang tidak baik.

Menjadi pelindung juga termasuklah menjaga aib anak dan isteri. Jangan memalukan mereka dan jangan pula membiarkan mereka dimalukan. Jika isteri sering dikutuk cerca oleh orang, menjadi kewajipan suami membela nasib isteri. Janganlah dibiarkan isteri menerima cercaan orang lain sendirian. Berdirilah teguh di hadapan isteri dan memberi kekuatan serta tenaga buatnya.

6. Melayan Isteri Dengan Baik.

Semua orang rasa mereka tahu bab ini. Semua orang rasa, "aku sudah melayan isteri aku dengan baik, nak apa lagi?" Sedangkan realitinya, ramai suami yang masih tidak melayan dan menggauli isteri dengan baik. Masih ramai yang bersikap kasar, tidak berlembut, tegas tidak bertempat, terlalu mengongkong isteri sehingga kelemasan dan tidak mempedulikan perasaan isteri.

Mula bertanya, apa yang isteri mahukan. Apa yang boleh suami tambah untuk meringankan bebannya. Apa yang boleh diperbaiki. Apa yang disukai dan tidak disukainya dan macam-macam lagi soalan rohani. Cara bertanya perlulah selembut yang mungkin kerana jika caranya salah, besar kemungkinan, suami tidak akan dapat menembusi lapisan hati isteri.

Jika semua tanggungjawab ini sudah terlaksana, barulah kita boleh bercerita mengenai hak suami dan isteri pula di dalam penulisan akan datang.

Percayalah yang semuanya perlukan toleransi dan kerjasama. Saling lengkap-melengkapi dan faham-memahami. Perbaikilah diri dan buat bahagian sendiri sebaik mungkin. Semoga ianya akan dibalas dengan seribu kebaikan juga hendaknya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen