Kenapa Sering Dipertemukan Dengan Jodoh Yang Salah? Jom Ketahuinya.

Tahu atau tidak bahawa bakal jodoh kita adalah refleksi diri kita sendiri?

Bahkan dalam pemilihan sahabat baik, mereka sebenarnya refleksi diri kita. Namun, kita sebenarnya tidak sedar sehinggakan suatu hari merasakan sikap mereka amat menjelekkan dan mula menjauhkan diri. Dari saat itu, sekiranya anda dapat berfikir dengan matang situasi sebegini sudah menunjukkan anda juga mempunyai kesilapan yang perlu diperbaiki.

Begitu juga dengan jodoh. Berkali-kali jumpa dengan pasangan yang salah sebenarnya, Allah SWT mahu kita…

1. Untuk kita muhasabah diri.

Bermuhasabah diri iaitu mengambil masa untuk bertenang dan memberi ruang pada diri sendiri untuk berfikir mana yang baik dan buruk. Anda diberi ruang untuk menyedari hakikat bahawa pasangan tersebut adalah salah gara-gara tabiat anda sendiri sebenarnya. Kadang-kala bukan salah si dia yang pergi meninggalkan kita, akan tetapi tabiat atau sikap kita sendiri.

2. Untuk kita perbaiki diri.

Dan pada saat ini juga kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk memperbaiki diri. Memperbaiki diri dimana akan mendorong untuk mendapat jodoh yang terbaik kerana Allah mendengar rintihan hati dan doa kita. Kita mahukan bakal suami/isteri yang diimpikan, oleh kerana itu Allah memberi kita peluang untuk memperbaiki diri. Jangan sia-siakan masa dan waktu ini untuk dekat kepada-Nya.

3. Untuk buat kita menjadi insan yang lebih bersyukur.

Bersyukur kerana tidak dijodohkan bersama si dia. Bersyukur kerana kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi dalam kehidupan kita ketika membina mahligai bersama. Perkahwinan adalah dugaan pasangan suami isteri bermula, berkemungkinan besar anda dengan si dia tidak berjodoh kerana tidak mampu menempuh cabaran rumah tangga.

Sentiasa mencari hikmah.

4. Untuk meninggikan martabat diri kita.

Bagi kaum wanita, bersyukur sekiranya tidak berjodoh dengan si dia kerana kemungkinan besar apabila dengan si dia anda bakal membuka aurat.

Apabila dengan si dia anda bakal menempuh maksiat yang tidak terjangka….

Apabila dengan si dia anda mungkin apa lupa pada kedua ibu bapa….

Apabila dengan si dia kemungkinan besar anda akan menjadi alpa….

Dari sini lah Allah mahu meninggikan martabat anda sebagai wanita muslimah dan solehah.

5. Untuk peringatan pada kita bahawa tidak semua itu sempurna.

Apabila sering dipertemukan dengan jodoh yang salah, ia juga sebagai peringatan kepada kita sendiri bahawa tidak semua itu sempurna. Mungkin anda mahukan pasangan yang sempurna sehingga ada yang menggelar anda terlalu cerewet atau memilih. Semuanya bermula dari kita sendiri.

Berkemungkinan anda sering dipertemukan dengan insan yang salah kerana secara tidak sedar anda yang menolak jodoh tersebut. Maka, mulakan dengan bermuhasabah diri, kemudian perbaiki diri, menjadi lebih bersyukur, tinggikan martabat diri dan banyak-banyak beringat. Dan ulang langkah ini sehingga berterusan.

Semoga Bermanfaat dan Semoga Dipertemukan Dengan Jodoh!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen