10 Tips Untuk Sewakan Rumah Kepada Student.

Rumah adalah aset yang mampu menjadi pelaburan jangka masa yang panjang. Sekiranya anda mempunyai rumah yang kecil dan beranggapan tidak selesa untuk tinggal bersama keluarga yang besar malah berfikir untuk menjual, JANGAN! Lebih baik anda sewakan pada mereka yang memerlukan, terutamanya student.

Kebiasaannya, student memang mencari rumah setiap masa, lebih-lebih lagi yang berdekatan dengan kolej atau Universti. Jadi, bagi mereka yang mahu menyewakan rumah pada student, ikuti tips dari saudara Harith Faisal ini…

********

1. Pelabur hartanah memang suka jadikan kawasan student sebagai lubuk duit. Sebab biasanya kawasan tu memang ada demand dan meriah siang malam.

2. Nak sewakan per kepala atau per bilik senang-senang boleh penuh. Memang pihak universiti ada sediakan asrama, tapi biasanya tak cukup.

3. Kadang-kadang cukup je asrama tapi wujud pula student yang lebih suka duduk rumah sewa dengan kawan-kawan daripada duduk asrama tu.

4. Student universiti awam tak kisah duduk kat flat ke, atau rumah biasa-biasa. Tapi kalau student universiti swasta, dorang akan pilih studio atau kondo.

5. Kau kena expect, kalau nak sewakan rumah kat student ni, agak leceh. Kadang-kadang duduk satu semester tak pun satu tahun, dah nak keluar. Leceh.

6. Letaklah benda-benda asas kat unit kau tu. Wifi, dapur, peti ais, mesin basuh, tilam. Sebab dorang kan student, dorang takda semua tu. Bantu mereka.

7. Dorang takda gaji, harap kat biasiswa atau PTPTN. Jadi dari segi pembayaran tu, kau kena lebih fleksibel. Kalau yang mak bapak dia bayarkan, okay.

8. Lagi bagus kalau kau dapat collect sewa per semester. Student ni ramai yang tak pandai buat bajet kewangan. Silap-silap allocation untuk bayar sewa rumah habis belanja awek makan.

9. Bukan setakat demand sewa yang tinggi tapi kenaikan harga rumah sekitar pun naik sekali. Iyalah, kawasan hot. Banyak transaksi jual beli berlaku.

10. Selagi mana ada pengambilan baru student, selagi tu kau akan ada demand untuk rumah sewa kau. Tapi saingan pun banyaklah. Bukan kau je yang bijak. Ha!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen